Hari tu, aku keluar dengan bekas housemate aku semasa aku diploma dulu. Aku rindukan mereka sangat-sangat. Kedua-dua mereka kini sudah ada kehidupan sendiri, Kak Mal dah dapat kerja tetap sebagai guru taska dan seorang lagi melanjutkan pelajaran macam aku tapi di universiti swasta. Kami hari tu lebih kepada berjalan-jalan di bandar Kuching, menonton wayang, bercerita panjang, makan-makan, beli dress kononnya, tapi yang penting memori yang kami cipta bersama selepas zaman diploma. Bukan selalu pun, kawan-kawan berkumpul semula selepas habis belajar.
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan