Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

Cikgu Pertama Sekolah Menengah

Sebelum memori ini hilang dari ingatan aku, aku sedaya upaya tuliskan di sini sebagai tatapan pada masa akan datang. Masa tu, aku baru masuk ke sekolah menengah. Area tempat aku sekolah dulu memang majoriti kaum Iban non-muslim . Dalam kelas aku, pelajar Melayu cuma 2-3 orang saja termasuk aku namun kami tidaklah rasa sangat tersisih walaupun ejek-mengejek tu memang ada. Kami ada juga berkawan dengan bangsa lain dengan baik cuma beza mereka dan kami adalah kebanyakkan mereka tinggal di asrama dan kehidupan pelajar asrama memang jauh berbeza dengan pelajar harian sampai boleh rasa jurang yang besar antara kami. Aku masa tu cuma berkawan baik dengan seorang pelajar Melayu harian dan kemana saja di sekolah kami memang akan sentiasa bersama. Aku masih ingat aku kenal seorang cikgu berbangsa Iban yang tinggal tidak jauh dari sekolah kami ni. Aku tak pasti kenapa aku rasa cikgu tu bukanlah seorang yang baik terutama dengan aku, atau mungkin juga sebab aku pelajar Melayu atau ayah aku ju...

Pandemik Covid-19 yang Tiada Kesudahan

Masa ni, kes pandemik Covid-19 masih berlaku dengan teruk ditambah dengan varian-varian baru yang sukar dibendung. Aku terfikir kalau benda ni masih lagi berterusan, mungkin ekonomi kita akan lumpuh dengan lebih parah. Kalau diberi pilihan sama ada aku pentingkan hal-hal kemanusiaan dulu ataupun ekonomi? Aku memang akan berpegang teguh dengan mementingkan ekonomi terlebih dahulu. Aku lebih mahu ekonomi dunia kita bergerak seperti biasa macam dulu tanpa sebarang sekatan. Antara sebabnya, aku tidak nampak kesan positif kepada semua pihak dari sekatan ekonomi. Bila ekonomi kita disekat, ramai yang hilang punca rezeki, dan hutang keliling pinggang dan banyak yang mengharapkan sumbangan dari orang lain serta bantuan kerajaan yang entah sampai bila dapat penampung keperluan rakyat. Kesan sekatan ekonomi seperti apa yang aku perhatikan sekarang masih tidak mampu menurunkan jumlah kes pandemik Covid-19 yang tinggi. Kematian disebabkan Covid-19 tetap juga berlaku setiap hari. Sumber dari F...