Skip to main content

Pandemik Covid-19 yang Tiada Kesudahan

Masa ni, kes pandemik Covid-19 masih berlaku dengan teruk ditambah dengan varian-varian baru yang sukar dibendung. Aku terfikir kalau benda ni masih lagi berterusan, mungkin ekonomi kita akan lumpuh dengan lebih parah. Kalau diberi pilihan sama ada aku pentingkan hal-hal kemanusiaan dulu ataupun ekonomi? Aku memang akan berpegang teguh dengan mementingkan ekonomi terlebih dahulu. Aku lebih mahu ekonomi dunia kita bergerak seperti biasa macam dulu tanpa sebarang sekatan.

Antara sebabnya, aku tidak nampak kesan positif kepada semua pihak dari sekatan ekonomi. Bila ekonomi kita disekat, ramai yang hilang punca rezeki, dan hutang keliling pinggang dan banyak yang mengharapkan sumbangan dari orang lain serta bantuan kerajaan yang entah sampai bila dapat penampung keperluan rakyat. Kesan sekatan ekonomi seperti apa yang aku perhatikan sekarang masih tidak mampu menurunkan jumlah kes pandemik Covid-19 yang tinggi. Kematian disebabkan Covid-19 tetap juga berlaku setiap hari.

Sumber dari Facebook

Itu belum ditambah dengan warga asing dan pendatang tanpa izin yang berkhidmat dengan majikan mereka yang tidak mahu bertanggungjawab dengan pekerja mereka, bahkan seperti tiada tindakan kepada mereka. Bagi aku, kalau sudah susah sebegini, biarlah kebebasan diberikan pada semua orang terutamanya kepada yang mementingkan diri mereka sendiri dan biar mereka menerima akibat dari tindakan mereka. Kita cuma dapat jaga diri sendiri sahaja. Pihak frontliner juga perlu diberi peluang untuk berehat dari kecelakaan yang disebabkan oleh golongan yang degil dan menyusahkan orang lain. Berikan keutamaan kepada yang betul-betul mangsa dan kenakan bayaran kos perubatan yang tinggi pada yang ingkar prosedur.

Jika kita tidak bijak membendung, pasti akan sentiasa ada yang mengambil kesempatan atas kebaikkan kita.

Ya, memang aku kejam. Aku kejam sebab aku kasihankan golongan yang patuh prosedur tapi hilang pekerjaan disebabkan kebodohan orang lain. Aku kejam sebab kasihan dengan mangsa Covid-19 yang sebenar adalah golongan yang terpaksa kuarantin dan duduk rumah disebabkan ada pihak yang abaikan prosedur dan menyebabkan orang lain menjadi susah.

Kerana peningkatan kes secara berterusan, sehingga vaksin 2-3 dos pun masih tidak mencukupi. Kita sebenarnya sangat kerugian kerana kedegilan orang lain, biarpun dikompaun berpuluh ribu. Akhir cerita, terpulang pada individu juga sama ada mereka mahu atau tidak jaga diri mereka dan ikut prosedur yang ditetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...