Skip to main content

Cikgu Pertama Sekolah Menengah

Sebelum memori ini hilang dari ingatan aku, aku sedaya upaya tuliskan di sini sebagai tatapan pada masa akan datang. Masa tu, aku baru masuk ke sekolah menengah. Area tempat aku sekolah dulu memang majoriti kaum Iban non-muslim. Dalam kelas aku, pelajar Melayu cuma 2-3 orang saja termasuk aku namun kami tidaklah rasa sangat tersisih walaupun ejek-mengejek tu memang ada. Kami ada juga berkawan dengan bangsa lain dengan baik cuma beza mereka dan kami adalah kebanyakkan mereka tinggal di asrama dan kehidupan pelajar asrama memang jauh berbeza dengan pelajar harian sampai boleh rasa jurang yang besar antara kami. Aku masa tu cuma berkawan baik dengan seorang pelajar Melayu harian dan kemana saja di sekolah kami memang akan sentiasa bersama.

Aku masih ingat aku kenal seorang cikgu berbangsa Iban yang tinggal tidak jauh dari sekolah kami ni. Aku tak pasti kenapa aku rasa cikgu tu bukanlah seorang yang baik terutama dengan aku, atau mungkin juga sebab aku pelajar Melayu atau ayah aku juga seorang cikgu di sekolah ni atau hal personal dia yang kita tak tahu? Apa-apapun, aku dapat rasakan kebencian ni adalah disebabkan sesuatu yang pastinya aku tak tahu tapi aku pula jadi mangsa?

Sumber dari Google

Mula-mula masuk sekolah, aku tak layak dapat bantuan buku teks disebabkan ayah aku seorang cikgu walaupun tanggungan keluarga sampai 7 orang. Aku pernah dengar ada cikgu lain yang bagitahu kalau buku teks ada lebih boleh je bagi dengan pelajar yang tak ada buku teks tapi cikgu aku yang seorang ni memang mati-mati tak nak bagi aku pakai sedangkan nak cari buku teks masa tu susah sangat walaupun dah banyak cari di kedai buku. Cun juga cikgu tu jadi cikgu kelas aku selama dua tahun.

Lepas tu, muncullah banyak peristiwa yang melibatkan antara aku dan cikgu tu. Pasal pelajaran, pasal markah, pasal gred ujian, dan sebagainya. Kalau tengok dari mata orang lain, benda ni macam biasa, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena pada cikgu tu. Bak kata aku, rasa benci yang tersembunyi sampai dia balas dendam pun kita boleh tak perasan. Rasa diri ditindas dan didiskriminasikan tu susah nak nampak sebab diselindung dengan sikap tegas dia. Tapi, nasib baik juga aku tak lama disekolah tu sebab ayah aku minta pindah ke sekolah lain.

Aku tak nak lah cakap lebih-lebih sebab dia masih cikgu dan aku masih hormat dia sebagai cikgu. Aku pun tak tahu kenapa dia boleh benci sampai macam tu. Adakah sebab dia tak suka orang Melayu, sebab rasa benci dengan kaum lain ni kira macam dah normal di kalangan kita lebih-lebih lagi bila mereka pernah mengalami pengalaman buruk dengan bangsa lain. Jadi kebencian mereka merebak hingga menyebabkan orang lain yang tak ada kena-mengena pun rasa susah hanya kerana bangsa orang tu sama dengan orang yang mereka benci. Tapi, yang menghairankan aku, mereka ni tidak juga pergi balas dendam dengan exactly orang yang betul-betul buat jahat dengan mereka, lepas tu pergi cari orang lain yang mereka rasa mereka senang nak buli.

Kedua, mungkin sebab dia tak suka orang berada, atau orang berkemampuan sebab rasa golongan tu tak layak dapat keistimewaan seperti golongan yang kurang mampu. Kiranya lebih kepada perasaan cemburu macam tu. Huh, entahlah, bila fikir balik cikgu-cikgu pun manusia juga, ada perasaan, ada seperti malaikat, ada juga macam syaitan, cuma itulah, tak baik kalau bawa hal personal ke tempat kerja, lepas tu orang lain jadi mangsa.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...