Aku macam tak percaya jer akhirnya aku berjaya keluar dari UNIMAS ke Desa Ilmu seorang-seorang pada semester akhir sejak habis belajar college tahun lepas. Macam dah terlalu lama aku tak jalan seorang keluar. Dari semester satu aku tinggal di UNIMAS, aku macam dah tak ada keyakinan berjalan seorang diluar terutamanya bila perlu menaiki bas dari Kampus Barat ke Kampus Timur. Suka style rambut ni sangat-sangat Mungkin orang akan tengok aku sebagai perempuan yang pelik dan itu membuatkan aku rasa janggal sebenarnya. Sebelum ni, kalau aku nak keluar dari UNIMAS, aku selalu ditemani oleh kawan-kawan dan partner aku. Cuma kali ni, mereka semua sibuk dengan hal masing-masing dan aku rasa mungkin aku patut mulakan hidup berdikari sekurang-kurangnya untuk waktu yang tertentu. Memandangkan hari Selasa adalah hari aku bebas dengan kelas, kiranya aku cuba mengambil kesempatan untuk keluar sedangkan kawan-kawan yang lain terperangkap sampai lewat petang dengan aktiviti wajib mereka. Tapi, aku tak...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan