Skip to main content

Anak Manja


Minggu lepas ada event Pesta Kaul di Mukah. Pesta Kaul asalnya sehingga sekarang diraikan oleh suku kaum Melanau, pesta ini juga disambut setahun sekali dan rasanya bolehlah korang Google lebih mendalam pasal asal-usul pesta ni takut nanti aku tersalah bagi information pula dengan korang. Aku juga ada dengar family aku cerita pesta tahun ni agak meriah sebab banyak orang yang datang termasuk orang dari luar daerah Mukah, kecuali mostly bekas rakan-rakan sekelas aku dulu sebab diorang masih struggle belajar di tempat lain. Aku pun tak ada keluar ke pesta tu sebab aku tak suka dengan cuaca panas, dan pada sebelah malamnya pula aku cuba elakkan keluar dari rumah sebab time ni aku senang sangat jatuh sakit. Hah, bukan main lagi bagi alasankan?

Masuk tahun ni, dah 6 tahun aku duduk ke Mukah. Percaya atau tidak, aku memang tak pernah pergi ke Pesta Kaul dan aku pun tak tahu bila lagi aku ada hati nak ke sana. Aku sebenarnya memang susah nak dibawa berjalan dekat Mukah ni, entahlah kenapa. Tapi itu semua tak penting, sebab aku ada satu perkara nak share dekat sini. Hari tu ayah aku ada pergi ke Pesta Kaul, dan dia ada pergi ke satu gerai yang jual banyak animal dolls.

Haha. Aku macam tak percaya yang ayah aku belikan untuk aku patung anak kucing yang boleh berjalan dengan bantuan bateri. Aku hargai sangat-sangat dan aku dah simpan elok-elok dalam bilik tidur aku. Ayah aku tahu yang aku suka dengan kucing, walaupun family aku tak benarkan kami pelihara haiwan since rumah kami ni jenis rumah flat sekolah guru. Mungkin dengan belikan patung anak kucing ni, dapat sedikit sebanyak buat diri ni happy. Tak kisahlah apapun, sebab aku rasa comel jer. 



Tapi bila aku fikirkan balik, aku rasa ayah aku masih layan aku seperti budak kecil, dan ayah aku kadang-kadang suka control aktiviti aku walaupun aku dah berumur lebih 18 tahun. Rasanya tak perlulah risau kot sebab aku bukan jenis yang suka rosakkan diri sendiri, just suka menghabiskan duit sahaja LOL. Anak manjalah sangat. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...