Pastinya kita akan berasa sangat gembira bila terpilih dalam senarai anugerah dekan untuk semester yang lepas, tidak terkecuali juga aku. Inilah pertama kali dalam sejarah aku dapat gelaran ni, selepas diumumkan oleh Miss Efida iaitu ketua tutor untuk program kami. Bayangkan rasa sangat gembira tu sampai aku call ayah aku pada malam selepas kejadian.
| Ini adalah kawan aku paling rapat dalam kelas, dan juga pelajar paling pandai dalam kumpulan kami |
Walaupun aku sebenarnya banyak bermain dari belajar, aku rasa lega sebab keputusan pelajaran aku tak pernah terlalu mengecewakan. Aku juga berharap aku dapat habiskan belajar dengan jayanya tanpa sebarang masalah.
Comments
Post a Comment