Skip to main content

Kenangan Rumah Sewa 791

791, Lorong A1A. Salah satu tempat yang membawa sangat banyak memori di masa aku muda. Kali pertama aku datang ke Kuching, sudah 3 kali aku berpindah-randah mencari rumah sewa yang ada housemate yang baik. Rumah sewa pertama di Lorong 5B. Rumah dimana aku dipertemukan dengan golongan yang jahat dengan aku kerana mungkin aku terlalu naive. Rumah sewa kedua pula adalah shophouse, dimana aku berjumpa semula dengan schoolmate aku yang dulu. Tapi persahabatan baik kami tidak kesampaian disebabkan hasutan dari pihak lain dan aku rasa kecewa dengan apa yang schoolmate aku bagitahu pada malam itu. Last sekali, aku berhenti di 791. Disitulah tempat aku tinggal sehingga aku habis diploma.

Kalau dulu, kehulu-kehilir ikut kawan, sekarang ni baru tersedar kalau ikut haluan dari kawan yang salah, hujung-hujung akan merana juga. Nasib baik aku berjaya buka mata dan ikut haluan sendiri selepas mengalami beberapa kejadian. Masa mula-mula pindah ke 791, hampir kesemua di rumah tu adalah senior aku termasuk roommate aku sendiri. Banyak yang dari kelas dan kumpulan yang berlainan tapi mereka sangat baik dengan aku pada masa tu.

Dan, tak sangka juga orang yang awalnya aku langsung tidak mengenali kini telah menjadi kawan baik yang paling baik yang pernah aku ada. Tidak lupa juga senior-senior aku yang sudah mempunyai kerja dan kehidupan sendiri. Mereka adalah antara kawan yang sentiasa bersama aku dikala aku kesusahan selain dari classmate aku.

Sekarang ni, walaupun banyak perkara yang dah berubah. Apa yang dah berlaku tetap akan jadi kenangan selama-lamanya. Rasa sayang pula nak tinggalkan rumah sewa ni, seolah-olah diri ini serta kenangan yang lepas ada bonding tersembunyi dengan rumah ni. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...