Skip to main content

Pengalaman Pertama ke Saratok

Aku rindu nak berjalan-jalan di Saratok. Aku rasa nak pergi kesana dan berjumpa dengan Kak Mal.

Bila kami keluar bersama-sama, kami selalu bercerita sampai tak ingat dunia. Kak Mal juga diantara kawan yang aku rasa paling selesa nak bercerita dengan dia pasal segala-galanya sebab dia seorang yang berfikiran terbuka.

Apa saja cerita dan pengalaman bodoh aku, dia boleh terima dengan rasa lawak dan bagi nasihat di akhir cerita. Memandangkan Kak Mal seorang yang sangat penyayang dan mementingkan hal kekeluargaan, semua nasihat yang Kak Mal bagi berkait rapat dengan hal ibu bapa. Tapi pada masa yang sama, Kak Mal juga jenis yang gila-gila macam aku. Sekarang ni pun musim Gawai, Kak mal mesti dah di kampung, aku harap dia tak mabuk kena penangan tuak yer. 

Gambar diatas adalah masa kami berdua sampai di Saratok. Tempat ni berada di belakang shoplot bakery berdepan dengan Hospital Kerajaan Saratok aka tempat Kak Mal praktikal. Kasihan Kak Mal masa ni sebab penat dan tertidur di atas peta Sarawak yang kami beli di Kuching sebab takut sesat at the end, kami pakai Google Map guna handphone aku. Kami juga rasa lapar sebab belum makan tengahari. 

Sini adalah rumah sewa Kak Mal yang baru



OK. Muka lepas bangun tidur petang

Aku tak tahu apa yang istimewa pasal Saratok ni tapi aku rasa orang dekat sini agak mesra dan kami memang tiada masalah sepanjang masa di sini.






Dekat sini juga tak ada restoran segera seperti KFC kecuali Sugarbun, itupun siang malam muka kami saja ke sana sebab tak tahu nak makan apa. 

Masa ni aku temankan Kak Mal beli barang keperluan di kedai runcit
 
Jangan salah faham yer, bukan tak ada eletrik tapi aku saja nak nyalakan lilin sebab suka tengok cahaya dalam bilik ni

Dalam masa sehari atau dua hari selepas kejadian ni, aku akan ke Kuching. Kadang-kadang rasa sedih pun ada sebab terpaksa tinggalkan Kak Mal seorang di Saratok. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...