Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Konvokesyen Diploma Aku Sudah Berakhir

Sepatutnya aku ada turut serta untuk konvokesyen diploma kami di Shah Alam dengan kawan-kawan sekelas aku pada 22 July yang lepas. Tambahan pula, ayah aku tak benarkan aku ke semenanjung berseorangan sebab risau terjadi apa-apa dan mereka susah nak tolong. Aku okay sahaja dengan keputusan mereka sebab aku pun memang tak ada rasa nak pergi. Tapi pada masa yang sama, aku ada sedikit cemburu bila tengok kawan-kawan aku post gambar mereka konvokesyen di Facebook . Minggu ni tadi, Pei Sien ada datang ke rumah sewa aku dan dia tunjukkan gambar-gambar mereka semasa mereka konvo dan bercuti di Kuala Lumpur, mereka sempat berjalan ke KLCC, Genting Highland dan mana-mana saja tempat menarik. Kawan-kawan aku semua cantik-cantik dekat sana. Aku juga sempat tengok crush aku bergambar bersama-sama dengan kawan aku. Betapa aku rindukan crush aku sangat-sangat. Part paling menyentuh perasaan ialah, semua kawan-kawan aku cari aku masa konvo time tu, sebab mereka ingat aku ada join sekali ...

Handphone Baru Nokia X6

Aku tak tahu kenapa aku begitu malas sekali nak pergi online baru-baru ni. Blog ni pun aku lama dah lama tak update. Mungkin sebab aku tak ada perasaan nak berkongsikan sesuatu kot sebelum ini. Sekarang ni pun tengah fokus main game saja. Minggu lepas, handphone Sony Ericsson aku rosak secara tiba-tiba. Aku tak dapat buka mesej dan ia stuck macam tu. Mungkin sebab masalah software dalam handphone tu kot. So, now aku cuba handphone brand lain. Nokia X6.  Tapi aku tak cakap handphone Sony tak bagus. Mungkin sebab aku cuai dalam penggunaan handphone atau bukan nasib aku kot nak pakai lama. Lagipun brand Sony ni agak disegani juga dari segi kualiti dan pembuatan. Cuma, kali ini aku nak rasa perubahan yang lain. Handphone Nokia X6 ni adalah handphone keluaran terbaru jenama mereka. Handphone ini juga salah satu handphone pertama yang boleh touch screen . Perkara yang bagus pasal jenama ni juga adalah barang mereka boleh pakai lama.

Berhati-hati Berkongsi Maklumat Dengan Orang Lain

Setiap daripada kita mesti berpengalaman dalam berkongsi sesuatu ilmu atau bercerita dengan seseorang. Macam berkongsi ilmu pengetahuan, bak kata cikgu aku, makin banyak kita mengajar, makin banyak yang kita dapat. Bahkan kita pun kadang-kadang mengambil ilmu dari orang lain juga. Tapi, bagaimana sekiranya ilmu dan pengetahuan yang kita beri tidak dihargai malahan digunakan oleh mereka untuk menentang kita? Aku juga pernah mengalami hal yang sedemikian. Aku ikhlas berkongsi sesuatu dengan mereka, bahkan tidak kedekut berkongsi semua dengan mereka. Tapi di akhir cerita, aku dilayan dengan teruk apabila mereka berlagak sombong didepan aku. Lupakah mereka bahawa orang yang tolong mereka dulu adalah aku? Nampak sangat mereka cuma cari aku dan jadi baik bila mereka perlukan aku sahaja. Tapi tak apalah, kali ini saja. Aku belajar dari kesilapan aku kerana terlalu mempercayai orang dari naluri aku sendiri. Lepas ini, aku tidak akan berkongsi maklumat sebarangan dengan orang lain....

Kisah Aku yang Ditindas

Pertama sekali, aku tak pernah cakap diri aku tersangat baik, malahan aku rasa diri aku sombong, kadang-kadang jahat dengan orang yang jahat dengan aku. Aku jenis yang pendendam sebab aku rasa orang yang buat palat ni patut kena palat balik. Dari situlah, terjadinya kisah yang beberapa bulan yang lalu berlaku menimpa aku. Kisah dimana aku berjumpa balik dengan bekas roommate aku di rumah 791. Aku panggil dia Kak Amy saja. Aku taklah kata dia jahat sangat, dia ada masanya baik, ada masanya tak baik bak kata semua nak kena ikut dengan keadaan  mood dia. Sebelum dia habis belajar dulu, dia masih okay dengan aku, boleh cakap dan tegur-tegur macam biasa. Sebelum ni, kalau setiap kali hujung minggu, dia selalu ajak dan bawa aku balik rumah dia dekat Batu 15. Dia sangat disukai oleh ramai orang sebab dia jenis yang happy-go-lucky . Tapi, kalau dah terlalu rapat, dia akan mula tunjukkan sikap dia yang sebenar. Memandangkan dia anak bongsu dalam keluarga dia, dia sangat manja dan orang y...

Aku Mahukan Kehidupan Sendiri

Rasanya dah 5 hari aku tak update blog aku. Baru-baru ni aku agak sibuk buat persediaan untuk pergi ke Kuching dan berjumpa dengan Kak Mal yang kebetulan baru saja habis menjalani praktikalnya. Aku rasa penat sangat duduk dekat Mukah dan jadi orang yang tak produktif hampir setiap hari. Aku cuma nak bagitahu aku suka sangat tinggal dekat Kuching, ia seolah-olah kampung halaman bagi aku berbanding di tempat aku dilahirkan. Mungkin sebab aku boleh stay dengan kawan-kawan perempuan aku, boleh kongsikan apa sahaja dengan mereka, cerita pun tanpa was-was sebab tak akan ada orang jadi hakim melainkan kalau dapat kawan yang tak baik. Keluarga aku cuma aku dan mak aku sahaja yang perempuan, adik-adik aku semua lelaki. Kalau dekat rumah, selalu saja keseorangan sebab tak berapa ngam dengan mereka walaupun ahli keluarga sendiri. Sebebas-bebas aku pun, aku bukan jenis yang mudah jatuh cinta pada lelaki. Aku tak suka dikelilingi oleh kaum lelaki sebab mereka buat aku rasa kekok. Tapi, j...