Skip to main content

Kisah Aku yang Ditindas

Pertama sekali, aku tak pernah cakap diri aku tersangat baik, malahan aku rasa diri aku sombong, kadang-kadang jahat dengan orang yang jahat dengan aku. Aku jenis yang pendendam sebab aku rasa orang yang buat palat ni patut kena palat balik.

Dari situlah, terjadinya kisah yang beberapa bulan yang lalu berlaku menimpa aku. Kisah dimana aku berjumpa balik dengan bekas roommate aku di rumah 791. Aku panggil dia Kak Amy saja.

Aku taklah kata dia jahat sangat, dia ada masanya baik, ada masanya tak baik bak kata semua nak kena ikut dengan keadaan mood dia. Sebelum dia habis belajar dulu, dia masih okay dengan aku, boleh cakap dan tegur-tegur macam biasa. Sebelum ni, kalau setiap kali hujung minggu, dia selalu ajak dan bawa aku balik rumah dia dekat Batu 15. Dia sangat disukai oleh ramai orang sebab dia jenis yang happy-go-lucky. Tapi, kalau dah terlalu rapat, dia akan mula tunjukkan sikap dia yang sebenar. Memandangkan dia anak bongsu dalam keluarga dia, dia sangat manja dan orang yang manja ni cenderung untuk memberontak, tidak berpuas hati dan bersikap kejam dengan orang lain.

Bayangkan bila aku balik rumah dia hujung minggu, dan ada lelaki di tempat dia berminat nak kenal aku, tiba-tiba kena tuduh "perempuan bawa lelaki" sedangkan aku tak buat apa-apa pun masa tu apatah lagi berjumpa dengan mana-mana lelaki walaupun dia cuba berkata dengan nada gurauan. Kadang-kadang susah nak ada benda lebih dari dia, dia akan mula tunjukkan rasa tidak suka. Dia juga pernah cakap buruk pasal aku depan mak dan ayah dia, buktinya ialah bila mak dia mula pandang sinis dengan aku. Aku pun tak tahu kenapa kena jumpa dengan orang macam dia.  


Bila dah habis belajar, aku ingat hubungan kami masih okay sebab last time aku jumpa dia, dia happy jer dengan kami semua. Sampailah beberapa bulan kemudian, masa aku berjalan dengan Kak Dida ke sebuah supermarket di BDC untuk beli barang keperluan. Kebetulan Kak Amy bekerja di supermarket tersebut. Bila kami berjumpa, dia cuma layan Kak Dida saja dan aku dilayan seperti halimunan. Begitu juga bila aku jalan dengan Kak Mal.

Kadang-kadang, aku terfikir orang cuma berkawan bila kita ada segala-galanya termasuk populariti.

Kalau yang kawan lebih rendah levelnya, tak suka pula tengok yang seorang tu lebih. Dalam erti kata, cemburu itu membunuh jiwa yang suci. Itu bukan sekali aku dilayan sebegitu, entah kenapa mereka sukar mengawal hasad mereka dan sanggup memusnahkan hubungan persahabatan dan buang aku demi memuaskan nafsu hasad mereka.

Misal kata aku ada melakukan kesalahan lain, kenapa tidak sahaja datang berterus-terang tapi sebaliknya mereka buat perkara-perkara yang menunjukkan mereka mempunyai hasad dengki. Nasib baik aku bukan jenis mengaku kalah dan senang ditindas. Aku mungkin boleh diperlakukan sesuka hati mereka, tapi aku balas dengan kejayaan aku.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...