Skip to main content

Mencari Peluang Pekerjaan

Mungkin dalam masa terdekat ni aku akan pindah ke Batu 4 Kuching untuk bekerja, tapi itu cuma plan sahaja sebab aku sendiri pun belum confirm. Nak cari kerja ni agak susah sikit, walaupun kerja biasa. So, aku dah isi macam-macam borang vacancy, sekarang cuma nak tunggu kena panggil untuk interview jer. Itupun kalau dapat.

Boulevard adalah salah satu tempat yang aku plan nak kerja memandangkan tidaklah terlalu jauh kalau nak ke bandar Kuching. Kalau sekalipun tak ada transport, kami boleh saja memakai bas untuk kemana-mana. Selain dari mall ni pun, aku boleh fokus cari kerja di sekitar sini sebab aku rasa peluang kerja di sini lebih banyak berbanding di tempat lain. 

Aku tengah menunggu Kak Mal mencuba kasut-kasut

Comments

Popular posts from this blog

K11, Pusat Karaoke Paling Best di Kuching

Memandangkan minggu ni adalah minggu sepatutnya kami belajar sebelum ujian bermula, aku dan kawan-kawan dah merancang nak pergi karaoke untuk buang segala mak datuk stress dan enjoy sebanyak yang mungkin sebelum mati dalam peperangan ujian akan datang. Sebenarnya, sebelum ni aku pernah pergi ke pusat karaoke di tempat lain tapi harganya ya ampun mahal nak mampus dan sangat tak berbaloi sebab mereka tetapkan harga berdasarkan per hour dan bukan per room. Sehinggalah kami cuba karaoke di K11. Bak kata, sekali cuba nak lagi. Harga pula sangat berpatutan lebih kurang RM40 selama 6 jam dalam satu bilik dan percuma 2 minuman! Selalunya aku dan kawan-kawan pergi dalam ber-empat atau ber-enam untuk satu bilik. Aku ada ujian TMX esok dan masih boleh berpesta

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pantai Mukah

Mukah merupakan salah satu tempat tinggal aku selain di Sibu. Daerah Mukah juga kebanyakkannya terdiri daripada bangsa Melanau tidak kira apa agama mereka. Bab yang paling best pasal Mukah ni ialah makanan tradisional mereka seperti sagu dan umai. Kalau aku balik bercuti di Mukah, ayah aku memang akan bawa kami berjalan-jalan di pantai Mukah yang juga merupakan tempat mencari rezeki sampingan keluarga aku. Gambar diatas adalah semua adik-adik aku