Skip to main content

Feminin atau Tidak

Salah satu ciri-ciri yang ada pada aku yang susah aku nak buang adalah sifat kebudak-budakkan dan kejantanan, bukan jantan yang nak ada loloi yer, jantan macam budak nakal maksud aku. Mungkin sebab aku dibesarkan bersama dengan 4 orang adik lelaki aku, dan mostly sejak kecil aku dijaga lebih oleh ayah aku berbanding dengan mak.

Aku kalau nak ikut depan-depan, memang jenis tak ambil pusing sangat dengan dengan hal orang kecuali kalau orang tu kacau aku dulu. Tapi aku masih boleh buat bodoh lagi, cuma kalau dalam blog ni jer yang aku banyak merungut tentang hal orang buat dekat aku. Aku sebenarnya tak suka sangat mengadu atau complain depan orang pasal hal orang lain, sebabnya aku tak tahu apa pandangan orang dengan apa yang aku cerita, kadang-kadang apa yang mereka fikir bertentangan dengan apa yang aku fikir. Satu lagi, mereka tak rasa apa yang aku alami, so kalau aku pot pet pot pet, aku rasa cuma buang masa jer. Sebab tu kot kenapa blog ni wujud, aku lebih suka berkata secara hitam putih di internet berbanding berbual dengan orang.

Back to the topic, aku jenis yang nakal sejak sekolah rendah lagi. Aku tak boleh duduk diam dan selalu nak buat kawan kelas ketawa dengan lawak aku. Kadang-kadang bila kena hukum sebab bising, akulah satu-satu budak perempuan yang kena, selebihnya kebanyakkan budak lelaki. Dulu, aku sentiasa fikir orang suka kawan dengan aku kalau aku buat lawak bodoh depan mereka, sampai selalu jugalah diperbodohkan oleh budak-budak yang bapanya kerja tentera ada pangkat. Kena pandang sinis oleh mereka itu sudah lali bagi aku.

Masa aku sekolah menengah pula, aku pura-pura nampak alim dan garang dan kebetulan terpilih pula jadi pengawas. Masa tu lah aku mula benci dengan hampir semua perkara. Aku benci orang jahat dengan aku, aku benci budak couple, aku benci lelaki bajet bagus, kadang-kadang aku benci dengan diri sendiri sebab terlalu hodoh, lemah dan tak pandai belajar. Ya, aku dulu pernah berfikir begitu. Zaman di awal remaja memang agak mencabar bagi aku.

Masa aku masuk kolej, aku terasa nak jadi tomboy. Tapi tomboy tak jadi sebab rambut masih panjang dan masih nampak feminin. Perwatakan aku lebih kepada clumsy, Aku selalu perasan diri ala-ala cool gitu, tapi hakikat sebenar perwatakan aku lebih kepada clumsy dan fesyen tak kena tempat. Aku tak suka pakai dress, apatah lagi skirt. Seluar jeans, baju t-shirt dan sneakers memang sanggup dipakai ke mana saja. Malahan, aku lebih suka berangan aku jadi handsome dan banyak perempuan suka dengan aku berbanding berangan jadi cantik dan diminati oleh ramai lelaki.

p/s Kalau bergambar, pandai jadi ladies pula aku ni kan..

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...