Skip to main content

Kenangan Pahit Masuk Kelas Semester Pendek

Ini adalah cerita ringkas yang aku cuba imbas kembali.

Masa aku masih diploma dulu, aku pernah kena buli dengan classmate yang bermulut puaka. Cerita ini bermula bila kami mendaftar subjek baru untuk semester pendek kami.

Untuk pendekkan cerita, ada satu subjek yang telah melakar sejarah hitam dalam hidup aku, iaitu subjek berkenaan dengan keagamaan. Lagi satu, tak semua orang terpilih untuk masuk ambil subjek tersebut, so aku dan kawan-kawan baik terpaksa berpisah kelas untuk sementara. Tinggallah aku seorang dengan beberapa kumpulan manusia yang jahat di dalam kelas. Bayangkan pada hari pertama sudah dilayan macam alien.

Demi nak habiskan diploma, aku sanggup telan peristiwa pahit ni masuk ke kelas neraka. Aku cuba berfikir positif sebaik yang mungkin, lepas habis ni, aku tak akan jejak kaki untuk benda macam ni lagi. Setiap kali nak masuk kelas neraka ni, aku akan stress sangat sebab kena deal dengan pengganas-pengganas keagamaan yang jahat. Mana kan tidak, kena sindir depan-depan, kena cakap yang bukan-bukan walaupun mereka tidak mention nama tapi aku ada common sense dan aku tahu siapa yang mereka maksudkan.

Mereka masa tu nampak megah dan berani walaupun didepan tutor. Malahan tutor pun kasihan tengok aku dilayan macam tu. Mereka ingat mereka boleh cakap apa sahaja sebab mereka ramai dan aku seorang. Tak tersangka aku, semester itu walaupun pendek sangat perit untuk dihabiskan.

Bila muncul semester baru, aku rasa gembira sangat lebih-lebih lagi bila result untuk final exam dah keluar. Aku dengar pengganas-pengganas dari kelas yang lepas dapat keputusan rendah, tapi entahlah. Aku dah tak kisah, yang penting aku dapat yang cemerlang.

Tengok,



p/s Kalau aku ada masa yang panjang, aku sedia cerita hal ini lebih detail di entri yang akan datang. Apa-apapun, itulah pengalaman yang mengajar aku dan menjadikan aku manusia lebih baik dari mereka, walaupun sekarang aku memilih untuk tidak mahu mempunyai apa-apa kepercayaan lagi. Aku kini bangga aku bukan lagi sebahagian dari mereka. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...