Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Ke Bintulu Untuk 30 Minit

Bayangkan masa perjalanan dari Mukah ke Bintulu memakan masa lebih kurang 5 jam. Ulang alik dah 10 jam. Kalau ikut jalan darat memang berasap juga bontot duduk ni. Sebab rindu nak datang Bintulu, aku rela ikut family yang ada urusan bank hanya semata-mata untuk tengok view baru Bintulu. Sebab bukan apa, aku teringin pula nak tengok area Tanjung Batu dan Tanjung Kidurung. Dulu pernah pergi tapi itu 6 tahun yang dahulu. Bila datang balik, dah banyak benda yang dah berubah.. Bintulu sekarang pun dah makin maju dan orang-orang dekat sana memang ramah dan nampak baik. Kawasan tanjung pun dah makin cantik.. Tapi malangnya hanya dapat lepak tak sampai satu jam pun.. sebab hari pun dah makin lewat.. Anyway , ada masa nanti harap-harap boleh datang sini lagi.

Berjogging di Dewan Pustaka Negeri Sarawak

Aku rindu nak berjogging bersama kawan-kawan aku masa di Kuching. Tempat paling best kalau nak jogging adalah dekat Dewan Pustaka Negeri, masa tu housemate aku ajak jogging disini buat pertama kalinya. Selalu sebelum ni, kalau ikut senior, aku cuma jogging di area Taman Sahabat BDC saja. Di sini aku sertakan gambar yang aku ambil di Pustaka Negeri Sarawak, cantik dan menenangkan jiwa. Trek jogging juga disediakan, dan tempat ni agak penuh dengan pengunjung terutamanya sebelah petang. Aku harap aku ada peluang ke sini lagi suatu hari nanti. 

Kisah Aku yang Selalu Ditinggalkan Masa Kecil

Masa aku masih kecil, aku ada satu habit pelik dimana aku suka bercakap seorang diri. Disebabkan aku selalu dikurung oleh ayah aku dirumah, aku selalu habiskan masa berseorangan tanpa ditemani oleh rakan sebaya. Ayah aku agak tegas kalau bab keluar rumah ni, dia memang melarang aku bermain keluar sebab aku jenis yang suka balik rumah lambat. Kadang-kadang bila dah tak tahan, aku cari jalan untuk curi keluar dari rumah hanya kerana nak cari kawan. Kalau susah sangat nak keluar dari rumah, aku akan panggil kucing jiran aku dan bermain dengan kucing tersebut. Keluarga aku tak suka pelihara haiwan sebenarnya disebabkan hidup kami yang nomad, suka pindah sana dan sini ditambah pula dengan kerja ayah aku yang memaksa kami bertahan di satu-satu tempat tidak lebih dari beberapa tahun. Salah satu habit pelik aku yang lain masa aku kecil adalah aku cepat risau, nervous dan akan menangis setiap kali parent aku keluar dari rumah dan balik lambat. Aku sentiasa membuat kiraan sendiri berapa ...