Skip to main content

Kisah Aku yang Selalu Ditinggalkan Masa Kecil

Masa aku masih kecil, aku ada satu habit pelik dimana aku suka bercakap seorang diri. Disebabkan aku selalu dikurung oleh ayah aku dirumah, aku selalu habiskan masa berseorangan tanpa ditemani oleh rakan sebaya. Ayah aku agak tegas kalau bab keluar rumah ni, dia memang melarang aku bermain keluar sebab aku jenis yang suka balik rumah lambat. Kadang-kadang bila dah tak tahan, aku cari jalan untuk curi keluar dari rumah hanya kerana nak cari kawan.

Kalau susah sangat nak keluar dari rumah, aku akan panggil kucing jiran aku dan bermain dengan kucing tersebut. Keluarga aku tak suka pelihara haiwan sebenarnya disebabkan hidup kami yang nomad, suka pindah sana dan sini ditambah pula dengan kerja ayah aku yang memaksa kami bertahan di satu-satu tempat tidak lebih dari beberapa tahun.

Salah satu habit pelik aku yang lain masa aku kecil adalah aku cepat risau, nervous dan akan menangis setiap kali parent aku keluar dari rumah dan balik lambat. Aku sentiasa membuat kiraan sendiri berapa lama mereka berada di luar dan predict bila mereka akan balik. Sekiranya mereka balik lambat dari jam yang aku predict, aku akan nangis dan risau sebab takut sesuatu terjadi dengan mereka. Perkara ni tiada siapa yang tahu, sebab aku selalu sembunyikan dari mereka termasuk sembunyikan kerisauan aku yang melampau.

Kalau tak silap aku masa tu baru berumur 11 tahun, masih kebudak-budakan dan selalu ditinggalkan bersama adik-adik yang masih kecil oleh parent aku. Kadang-kadang, tak tertahan tunggu dirumah, aku akan keluar berjalan. Aku akan tunggu didepan pagar sekolah atau lepak bawah rumah yang kosong. Bila jumpa kucing, aku akan doa kepada kucing supaya bawa parent aku balik secepat mungkin. Ditangan aku pula, tak lepas genggaman jam tangan murah yang putus kedua tali, masih berfungsi dan aku selalu tengok jarum minit sehingga parent aku balik.

Aku sentiasa percaya kucing pembawa kepada ketenangan. Mereka boleh buang stress dan kerisauan melampau dan buat kita rasa sedikit tenang. Sebab tu, aku suka sangat dengan kucing selain mendambakan kecomelan mereka. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...