Hi. Aku rasa inilah antara rekod untuk tempoh terpanjang aku tak update blog . Aku memang tak ada masa sekarang ni sebab aku dapat tawaran sambung belajar di UNIMAS. Inilah kehidupan baru aku sekarang yang perlu aku adaptasikan sehingga berjaya habiskan degree . Since UNIMAS terletak di Kota Samarahan, aku rasa gembira sebab tak jauh dari Kuching, cuma dalam 40 minit sahaja. Gambar style duck face ala-ala Myspace profile photo Aku telah ditawarkan dalam Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Jangan terpedaya dengan nama program dalam bahasa Melayu ya, sini semua guna bahasa International. So , kalau nak masuk UNIMAS, bahasa Inggeris kena mantap sikit, jangan jadi macam aku tiba-tiba jadi robot. Kali pertama aku masuk UNIMAS, aku ingat aku akan seorang-seorang tapi tak sangka kawan-kawan dah makin bertambah cuma yang malangnya, untuk program Bioteknologi ni, cuma tinggal aku seorang-seorang jer. Itupun masuk semester pertama, aku kena selit dengan group senior yang langsung aku tak ken...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan