Skip to main content

Kehidupan Baru di Kampus UNIMAS

Hi. Aku rasa inilah antara rekod untuk tempoh terpanjang aku tak update blog. Aku memang tak ada masa sekarang ni sebab aku dapat tawaran sambung belajar di UNIMAS. Inilah kehidupan baru aku sekarang yang perlu aku adaptasikan sehingga berjaya habiskan degree. Since UNIMAS terletak di Kota Samarahan, aku rasa gembira sebab tak jauh dari Kuching, cuma dalam 40 minit sahaja.

Gambar style duck face ala-ala Myspace profile photo

Aku telah ditawarkan dalam Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Jangan terpedaya dengan nama program dalam bahasa Melayu ya, sini semua guna bahasa International. So, kalau nak masuk UNIMAS, bahasa Inggeris kena mantap sikit, jangan jadi macam aku tiba-tiba jadi robot. Kali pertama aku masuk UNIMAS, aku ingat aku akan seorang-seorang tapi tak sangka kawan-kawan dah makin bertambah cuma yang malangnya, untuk program Bioteknologi ni, cuma tinggal aku seorang-seorang jer. Itupun masuk semester pertama, aku kena selit dengan group senior yang langsung aku tak kenal.

Inilah keistimewaan batch December kami ni, ianya cuma berlaku sekali sahaja dalam rekod UNIMAS. Kebetulan juga, batch kami tak ramai, hanya dalam 100 lebih sahaja. Senior pun dah siap bagi warning yang golongan kami ni nanti kena struggle kuat sebab kami tak sama dengan pelajar biasa yang lain. Apa yang aku harapkan ialah, aku mampu habis belajar dan jadi berjaya serta smart macam senior L.O kami.

Semester pertama sudah menyeksakan dan semua perkara adalah baru bagi aku seolah-olah aku terkena kejutan budaya pula. Sebagai contoh, masa aku diploma dulu, semua pendaftaran subjek adalah diurus oleh pihak kolej pengurusan tetapi berbeza bila di UNIMAS. Semua kami kena uruskan sendiri dan kena berdikari. Pihak pengurusan hanya dapat guide kami saja.

Itu belum termasuk aktiviti KK iaitu Senggang dan juga aktiviti kolej kediaman. Semua aktiviti kena terlibat sekali untuk tujuan tertentu. Minggu pertama dah stress sampai aku menangis tak tahan. Aku perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Nasib baik ada kawan-kawan sama kolej support antara satu sama lain. UNIMAS ni dah lah besar, kalau dari satu tempat nak ke satu tempat, mahu tak mahu kena pakai bas yang disediakan oleh pihak UNIMAS atau jalan kaki kalau nak kuruslah..

Di UNIMAS ni juga, ada banyak bangunan besar dengan namanya tersendiri serta pelbagai jenis shortform untuk nama panjang bangunan tersebut yang boleh menyebabkan pelajar baru kena brain damage nak ingat satu-satu.


Tapi, walau stress macamana sekalipun, aku tetap rasa lega sebab dikelilingi oleh orang yang baik. Tips aku, kalau jadi orang baru di suatu tempat yang baru, kena banyakkan bertanya walaupun soalan kita nampak macam soalan bodoh. Janji kita tanya bila kita tidak tahu. Jangan biarkan diri sendiri terkapai-kapai ya. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...