Ini adalah kali pertama aku ikut kawan-kawan kolej naik bas UNIMAS untuk ke Kampus Timur. Dari Kampus Timur ini nanti, kami akan berjalan kaki ke Desa Ilmu, tempat dimana ada kedai-kedai dan supermarket yang menjual barang keperluan. Pertama kali aku menaiki bas UNIMAS sudah rasa nak mati awal sebab si driver bawa bas macam kena kejar tsunami ditambah pula dengan kelebaran jalan UNIMAS yang kecil dan speed bump yang terlalu banyak namun tidak memberi kesan kepada kelajuan bas. Sesudah sampai di Kampus Timur, aku merasa lega sedikit sebelum mati untuk kali kedua. Kampus Timur ni kebanyakkannya untuk pelajar pra-universiti dan beberapa buah kolej ala-ala tentera dan polis, bak kata mereka, Palapes dan Suksis. Manakala tempat kami stay sekarang adalah di Kampus Barat iaitu kampus untuk pelajar degree . Kampus Barat sangat cantik dengan permandangan tasik, jambatan dan boleh buat pelbagai aktiviti yang sihat disini. Dari Kampus Timur ke Desa Ilmu agak memenatkan bagi aku sebab kena...