Skip to main content

Desa Ilmu Kota Samarahan

Ini adalah kali pertama aku ikut kawan-kawan kolej naik bas UNIMAS untuk ke Kampus Timur. Dari Kampus Timur ini nanti, kami akan berjalan kaki ke Desa Ilmu, tempat dimana ada kedai-kedai dan supermarket yang menjual barang keperluan. Pertama kali aku menaiki bas UNIMAS sudah rasa nak mati awal sebab si driver bawa bas macam kena kejar tsunami ditambah pula dengan kelebaran jalan UNIMAS yang kecil dan speed bump yang terlalu banyak namun tidak memberi kesan kepada kelajuan bas. Sesudah sampai di Kampus Timur, aku merasa lega sedikit sebelum mati untuk kali kedua.


Kampus Timur ni kebanyakkannya untuk pelajar pra-universiti dan beberapa buah kolej ala-ala tentera dan polis, bak kata mereka, Palapes dan Suksis. Manakala tempat kami stay sekarang adalah di Kampus Barat iaitu kampus untuk pelajar degree. Kampus Barat sangat cantik dengan permandangan tasik, jambatan dan boleh buat pelbagai aktiviti yang sihat disini.

Dari Kampus Timur ke Desa Ilmu agak memenatkan bagi aku sebab kena jalan kaki dan melintas lebuh raya yang besar. Desa Ilmu ni kawasannya tak lah besar sangat, ia seolah-olah bandar kecil yang selalu dikunjungi oleh pelajar universiti. Mungkin sebab tu bandar kecil ni digelar sebagai "desa ilmu", sebab dikelilingi oleh dua universiti utama iaitu UiTM dan UNIMAS. Bagi pandangan aku, kalau tak nak susah-susah macam kami ni, better ada transportation sendiri paling cikai pun motosikal untuk memudahkan bergerak dari lokasi ke lokasi lain yang jauh. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...