Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Jangan Bersahabat dengan Si Parasit

Akan terpahat dalam ingatan aku selamanya, berkawan dengan orang yang rasa diri mereka popular adalah satu tindakan yang bodoh dan memberi pengalaman yang cukup teruk. Aku masih ingat masa aku berumur 13 tahun, di sebuah sekolah di Jalan Oya Sibu. Aku ada seorang rakan sekelas yang bernama Helen. Dia masa tu seorang budak perempuan yang cantik, berkulit cerah, pandai dalam kelas, banyak kawan dan ramai lelaki sukakan dia (Bila fikir balik sekarang, ada something wrong dengan bentuk hidung dia dan entah kenapa aku dulu fikir dia cantik). Satu hari di sekolah, masa rehat tinggal 15 minit lagi. Helen datang jumpa aku di dalam kelas dan cuba ajak aku ke kantin sebab dia nak beli makanan. Tanpa berfikir panjang, aku yang mudah kasihankan orang pergi secara membuta tuli padahal waktu tu aku dah habis makan. Aku masa tu kasihan sangat dengan dia lebih-lebih lagi bila dia merayu cakap tak ada orang pun sudi temankan dia. Bila dah nak sampai ke kantin sekolah, aku tengok dia tiba-tiba...

Melawat Sungai yang Dekat Dengan Gua Angin

Minggu lepas, aku dan partner aku pergi ke Gua Angin yang bertempat di Bau, Kuching. Kami ke sana untuk menenangkan minda sambil enjoy dengan permandangannya yang cantik. Air di sungai berdekatan dengan Gua Angin ni sangat jernih, bersih dan ada juga bahagian sungai yang dalam. Kalau nak mandi, kena make sure tempat yang kita pilih jenis yang macamana takut kalau yang tak pandai berenang tapi pergi ke tempat dalam. Tak jauh dari tempat kami lepak masa tu juga, ada gua yang boleh kita kunjungan dan ambil gambar di dalamnya. Cuma buat masa sekarang, aku tak terasa nak melawat ke dalam gua. Aku cadangkan kalau nak datang mandi di sungai ni, datanglah pada musim panas sebab nikmat mandi air sungai macam ni memang best kalau badan rasa panas dan peluh-peluh. Aku juga pernah datang ke sini masa musim hujan yang lalu, dan keadaan sungai betul-betul menakutkan disebabkan arus sungai yang deras dan dalam (paras air menaik dengan mendadak).  

Kelas Malam di UNIMAS

Tidak semua pelajar UNIMAS dapat merasa bagaimana keadaannya bila kita join kelas di waktu malam. Aku salah seorang yang terpaksa join kelas sebelah malam sebab masa lain dah full . Kebetulan pula, masa ni adalah inter-sem dimana pelajar tidak ramai dan universiti nampak sangat sunyi. Walaupun tidak rela, tapi aku gagahkan juga sebab nak habiskan subjek cepat. Nasib baik kelas sebelah malam cuma sekali dalam seminggu. Memandangkan aku tidak ada transport , aku terpaksa berjalan kaki dalam 15 minit macam tu untuk sampai ke destinasi. Aku harap aku akan memiliki sebuah kereta suatu hari nanti sebab penat asyik nak berjalan jer. Sekarang ni aku nak fokus untuk ambil lesen kereta dulu memandangkan aku dah ada lesen L. Semua gambar diatas diambil sendiri oleh aku seorang. Aku ke kelas memang sentiasa lone ranger , jadi aku dah biasa jalan seorang-seorang. Nasib baik dekat kolej kediaman masih ada kawan-kawan yang menunggu aku balik.