Tidak semua pelajar UNIMAS dapat merasa bagaimana keadaannya bila kita join kelas di waktu malam. Aku salah seorang yang terpaksa join kelas sebelah malam sebab masa lain dah full. Kebetulan pula, masa ni adalah inter-sem dimana pelajar tidak ramai dan universiti nampak sangat sunyi. Walaupun tidak rela, tapi aku gagahkan juga sebab nak habiskan subjek cepat. Nasib baik kelas sebelah malam cuma sekali dalam seminggu.
Memandangkan aku tidak ada transport, aku terpaksa berjalan kaki dalam 15 minit macam tu untuk sampai ke destinasi. Aku harap aku akan memiliki sebuah kereta suatu hari nanti sebab penat asyik nak berjalan jer. Sekarang ni aku nak fokus untuk ambil lesen kereta dulu memandangkan aku dah ada lesen L.
Comments
Post a Comment