Skip to main content

Perasaan yang Sensitif

Memang banyak yang menyampah dengan orang yang sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis. Bagi mereka, orang jenis yang macam tu lemah dan sengaja nakkan perhatian. Bagi aku, itu terpulang pada individu itu sendiri. Tak semua dilahirkan dengan hati yang kental terutamanya aku. Aku jenis yang sangat sensitif dan mudah emosi. Semadi juga sekarang aku dah tak macam dulu sangat. Kalau masa kecil, memang menangis jak kerja sampai suara pun sebesar-besar alam memberontak sebab aku belum pandai kawal perasaan.

Bila dah masuk ke alam remaja, aku jadi makin sensitif dan kurang keyakinan diri sampaikan masa umur 12 tahun tu, cikgu dan rakan-rakan sekolah gelarkan aku si-congek. Aku menangis pun kebanyakkannya situasi yang menyebabkan aku marah dan tak dapat kawal emosi dan aku end up dengan menangis sepuas hati. Kira okaylah daripada aku melakukan keganasan dan mencederakan orang lain.

Lagipun, selemah-lemah aku ni, aku juga seorang yang ego. Bila aku marah dan mula bencikan seseorang, aku tak kan maafkan sampai bila-bila lebih-lebih lagi bila melibatkan perkara yang penting bagi aku. Aku akui, aku juga jenis pendendam dan tak mungkin akan berubah tiba-tiba jadi baik dengan orang yang jahat dengan aku.

Sekarang ni, sensitiviti dalam diri aku tu dah kurang sikit. Kalau nangis pun senyap-senyap, dendam pun memang tak akan heboh satu dunia pasal orang tu. Cuma aku masih berharap aku dapat kawal perasaan aku ni, aku takut sangat kalau aku terlanjur kata atau terbuat sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. 

Whatever happen, let have a drink. From me, round face girl


p/s Orang kalau first time tengok aku, diorang akan fikir yang aku ni jenis happy-go-lucky, kalau tak pun jenis sombong atau jenis pendiam. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...