Jadual aku sekarang ni penuh dengan kepelbagaian aktiviti dianjurkan oleh kolej di Universiti tempat aku belajar. Kadang-kadang sampaikan masa belajar aku pun jadi terhad tapi terpaksa juga aku korbankan demi merit untuk aku stay di kolej pada semester depan. lagipun hidup di kolej tak lah teruk sangat asalkan kita ditemani rakan-rakan dan tidak kesunyian. Bayangkan esok aku ujian midterm tapi hari ni masih mampu keluar bermain bersama rakan se-kolej.
Aku akui aku masih stuck dalam menyeimbangkan hidup sebagai pelajar sama ada perlu study lebih atau buat aktiviti kolej lebih. So far, aku cuma berlagak okay dan gembira sahaja sebab tiada cara lain untuk keluar dari masalah ni. Ada masanya aku sentiasa ingatkan diri aku untuk buat persediaan sebelum mati menempuh ujian. Semester ni pun aku ada ambil subjek TMX yang berkaitan dengan software dan hardware komputer, pasal web 1.0 dan 2.0, topology, HTML code, XHTML code boleh pecah kepala dibuatnya.
| Gambar ni aku ambil bersama kawan aku di muzium |
Comments
Post a Comment