Skip to main content

Cerita aku di Makmal Bioteknologi

Hari Khamis yang lepas, hari dimana aku pergi ke makmal untuk buat eksperimen. Time tu aku telah ikut kumpulan senior untuk buat Plant Transformation Experiment Using Naturally Occuring Biological System: Agrobacterium tumefaciens. LOL. Biotechlogy things bak kata.

Asal bosan jer ambil gambar glove


Pada masa yang sama, aku rasa sedih dan keseorangan sebab aku disisihkan oleh group senior aku. Mereka nampaknya lebih suka buat eksperimen dengan kawan-kawan mereka sendiri, sedangkan aku cuma jadi pemerhati sebab kalau nak tolong pun kena complain, maybe sebab aku junior kot. Alahai, mereka tak tahu ker yang aku ni dah banyak kali pergi ke pelbagai jenis makmal dan deal dengan pelbagai jenis machine, handle liquid, sample dan semestinya aku tahu apa peraturan boleh dan tak boleh dilakukan sewaktu di makmal, cara kendalikan alatan makmal, kira dilution dengan betul tanpa serabut, cara pipetting dan sebagainya.

 

Hanya kerana mereka melayan aku seperti orang luar yang tidak tahu apa-apa, mereka fikir boleh layan aku macam orang bodoh. Aku pun bukannya minat sangat dalam bidang Biotechnology ni tak seperti mana minat aku dalam bidang Makmal Perubatan. Kalau nak tahu budaya pelajar di universiti ni, pelajar diploma selalunya terpaksa bawa haluan masing-masing sebab cara meraka tak sama macam bekas pelajar Tingkatan 6, Pra-U dan bekas pelajar Matrikulasi. Aku rasa susah nak terangkan tapi siapa yang pernah merasa tu, memang begitulah ceritanya.

Aku masih ingat masa aku mula-mula masuk Universiti ni, intake kami cuma 3 orang saja untuk program Biotechnology since pengambilan Disember ni hanya berlaku untuk pertama dan terakhir kalinya dalam sejarah UNIMAS. 2 orang daripada kami adalah perempuan cina dan mereka bestfriend forever and ever, aku cuba nak mix dengan mereka tapi macam mustahil sebab aku tak pandai cakap Mandarin. Kawan-kawan yang lain ada yang ambil program Kimia, IT, dan Zoology dan dari situlah aku sedar aku memang akan keseorangan dan ada masanya perlu bergaul dengan kumpulan junior dan senior. Part ni memang susah tapi aku kena kuat.

Okay, berbalik semula kepada cerita yang berlaku dekat makmal tadi. Tiba-tiba aku terdengar bunyi perempuan berteriak dari jauh. Bila disiasat, rupa-rupanya kakak Lab Tech marah dengan senior aku sebab mereka sukahati kendalikan centrifuge tanpa ada rasa nak bertanya dengan orang yang lebih pro dari mereka (Well, of course lah sebab mereka time tu rasa diri mereka pandai). Aku yang disisihkan cuma perhati jer dari jauh di celah sudut sambil mengenang zaman dulu-dulu dimana aku pernah kendalikan pelbagai jenis centrifuge berjuta-juta kali sampai bosan tak tahu nak centrifuge apa dah. Rasa sayang pula pengalaman semasa berada di makmal dulu tiada siapa yang hargai sekarang ni. Tapi, lebih baik aku berdiam diri saja dan biarkan orang yang rasa diri mereka bijak pandai melayan kebodohan mereka.



Aku macam biasa tak naklah nak belagak hero, lagi-lagi hero tak bertempat. Aku ambil kisah ni sebagai pengajaran janganlah kita sombong hanya kerana merasa diri kita pandai dari orang lain. Kita tak akan pernah tahu pun berapa ilmu yang terkandung di minda mereka. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...