Skip to main content

Aku Join Pertandingan Ala-ala Kumang Gawai

Aku ingat aku dah post at least satu entri dalam dalam bulan ni tapi bila aku pergi cek balik, rupa-rupanya aku belum post apa-apa pun baru-baru ni. Aku pun dah jadi mak cik babo dah. Aku taklah sibuk sangat sebenarnya, cuma aku rasa malas nak pergi online. Tak lama lagi, perayaan Gawai pun nak menjelang tiba. Pada masa yang sama aku masih ada seminggu sebelum cuti dan study week.

Bertuahlah orang yang boleh balik rumah untuk cuti perayaan lagi-lagi rumah dekat Samarahan dan Kuching. Aku pula susah sangat nak balik atas faktor nak jimat duit dan guna masa yang ada untuk belajar sebelum pergi berperang. Kira okaylah tu terpaksa berkorban, nanti kena cakap dengan orang pula aku jadi bodoh sebab tak belajar.

Baru-baru ni aku ada join aktiviti universiti since tak boleh nak fokus dengan study 24 jam. Demi merit, aku terpaksa masuk pertandingan ala-ala Kumang Gawai. Aktiviti tu kalau tak silap dipanggil sebagai Pertandingan Ratu Etnik yang dijalankan di kolej Allamanda, jiran kolej aku. Dengan muka tak malu, pipi masih berjerawat, pinggang dan pinggul nyaris tak dapat menampung saiz ngepan Iban, aku gagahkan diri biarlah orang nak cakap aku tak cantik dan tak layak berpakaian traditional. Cuma aku perlu pakai untuk satu malam saja. 




Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar saja, kecuali aku telah terhilangkan setangkai hiasan di Sanggul kepala. Melayang duit nak bayar kawan sebab pinjamkan baju ngepan Gawai ni ditambah dengan perasaan yang bersalah sangat dengan dia dan mak dia.



Comments

Popular posts from this blog

K11, Pusat Karaoke Paling Best di Kuching

Memandangkan minggu ni adalah minggu sepatutnya kami belajar sebelum ujian bermula, aku dan kawan-kawan dah merancang nak pergi karaoke untuk buang segala mak datuk stress dan enjoy sebanyak yang mungkin sebelum mati dalam peperangan ujian akan datang. Sebenarnya, sebelum ni aku pernah pergi ke pusat karaoke di tempat lain tapi harganya ya ampun mahal nak mampus dan sangat tak berbaloi sebab mereka tetapkan harga berdasarkan per hour dan bukan per room. Sehinggalah kami cuba karaoke di K11. Bak kata, sekali cuba nak lagi. Harga pula sangat berpatutan lebih kurang RM40 selama 6 jam dalam satu bilik dan percuma 2 minuman! Selalunya aku dan kawan-kawan pergi dalam ber-empat atau ber-enam untuk satu bilik. Aku ada ujian TMX esok dan masih boleh berpesta

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pantai Mukah

Mukah merupakan salah satu tempat tinggal aku selain di Sibu. Daerah Mukah juga kebanyakkannya terdiri daripada bangsa Melanau tidak kira apa agama mereka. Bab yang paling best pasal Mukah ni ialah makanan tradisional mereka seperti sagu dan umai. Kalau aku balik bercuti di Mukah, ayah aku memang akan bawa kami berjalan-jalan di pantai Mukah yang juga merupakan tempat mencari rezeki sampingan keluarga aku. Gambar diatas adalah semua adik-adik aku