Baru-baru ni aku rasa nak marah saja, sangat moody dan kadang-kadang beremosi. Ada masanya aku takut aku tak dapat kawal emosi aku bila post something di internet al-maklumlah aku jenis yang banyak cakap bila menulis di ruangan siber. Maybe itu salah satu cara untuk aku release stress . Dalam tengah beremosi ni, aku terfikir pula pasal lesen memandu aku. Kalau nak tahu aku teringin sangat nak ada lesen memandu, sampaikan nak bersedia untuk exam lesen L hari tu pun dah macam bersedia untuk exam SPM. Tapi lepas aku lulus lesen L, aku terpaksa tangguh kelas lesen P sebab aku sambung study di UNIMAS dan masa tu aku belajar memandu di Mukah. Selepas 2 semester, bila aku berpeluang balik ke rumah parent aku di Dalat, aku ingat dapatlah aku sambung belajar memandu di Mukah ternyata sangkaan aku meleset sebab masa aku belajar terlalu singkat. Bayangkan dengan perjalanan Dalat ke Mukah mengambil masa 40 minit dengan menggunakan kereta dengan keadaan ayah aku yang masih sibuk bekerja. Lag...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan