Skip to main content

Selamat Tinggal Lesen L Mukah

Baru-baru ni aku rasa nak marah saja, sangat moody dan kadang-kadang beremosi. Ada masanya aku takut aku tak dapat kawal emosi aku bila post something di internet al-maklumlah aku jenis yang banyak cakap bila menulis di ruangan siber. Maybe itu salah satu cara untuk aku release stress. Dalam tengah beremosi ni, aku terfikir pula pasal lesen memandu aku. Kalau nak tahu aku teringin sangat nak ada lesen memandu, sampaikan nak bersedia untuk exam lesen L hari tu pun dah macam bersedia untuk exam SPM.

Tapi lepas aku lulus lesen L, aku terpaksa tangguh kelas lesen P sebab aku sambung study di UNIMAS dan masa tu aku belajar memandu di Mukah. Selepas 2 semester, bila aku berpeluang balik ke rumah parent aku di Dalat, aku ingat dapatlah aku sambung belajar memandu di Mukah ternyata sangkaan aku meleset sebab masa aku belajar terlalu singkat. Bayangkan dengan perjalanan Dalat ke Mukah mengambil masa 40 minit dengan menggunakan kereta dengan keadaan ayah aku yang masih sibuk bekerja.

Lagipun office di kelas memandu tersebut pernah bagitau yang mereka tak dapat nak suruh aku ambil kelas ikut masa yang aku pilih disebabkan jadual mereka penuh. Entahlah aku pun tak pasti bagaimana nak atur semua ni. Aku sebenarnya risau juga sebab takut harga belajar lesen memandu akan meningkat dari semasa ke semasa ditambah dengan silibus pembelajaran yang semakin rumit dan bertambah.

Aku juga pernah cuba nak sambung lesen P di sebuah institusi memandu di Kuching tapi institusi memandu di Mukah tak mahu lepaskan lesen L aku padahal lesen L aku dah lulus dan kad boleh dikeluarkan (tapi mereka tak mahu bagi kad lesen L dengan aku). Mereka ber-alasan law dekat Mukah dan Kuching tak sama so tak boleh continue muktamad. Result lesen L aku dah kira bagus dah bak kata ayah aku tertinggi dalam kalangan mereka yang lain yang pernah ambil. Tapi apakan daya, aku terima hakikat yang aku perlu lepaskan apa yang sudah aku capai sebelum ni. Mungkin ini takdir aku perlu ambil lesen memandu dari awal balik di Kuching saja dan aku harap segalanya berjalan dengan lancar.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...