Skip to main content

Kubah Matang Family Park Kuching Bersama Rakan

Bergelar sebagai pelajar ni kita tak boleh lari dari stress dan perkara-perkara yang sentiasa menekan kita untuk bergerak lebih laju. Kita wajib punya kawan sebagai pendorong dan peneman kita dikala kita susah dan senang. Siapalah aku ni tanpa kawan walaupun kawan tidaklah seramai mana. Hari tu, kami plan pergi ke Air Terjun Kubah dan menjalankan aktiviti memanggang sambil melarikan diri dari segala assignments dan ujian kecuali seorang kawan aku ni siap bawa assignment untuk dia siapkan sambil mandi air terjun (tepuk dahi). 

Selepas inter-sem, aku sedar yang aku cepat kenyang dan tidak makan terlalu banyak. Tapi masih kelihatan chubby which is aku tak kisah pun sebenarnya. 


Gambar-gambar di atas adalah salah satu tempat dalam Kubah Family Park. Kalau kita pergi ke bahagian atas, kita boleh tengok air terjun kecil macam ni. Memandangkan masa tu hari hujan renyai-renyai, tahap air di sungai adalah lebih tinggi dari biasa. Aku dan kawan-kawan mengambil kesempatan ni untuk belajar berenang sehinggalah seluruh badan aku kesakitan sampai ter-demam keesokkan hari. Kadang-kadang jadi terlalu aktif boleh menyebabkan aku berada dalam masalah yang sendiri undang. 

Comments

Popular posts from this blog

K11, Pusat Karaoke Paling Best di Kuching

Memandangkan minggu ni adalah minggu sepatutnya kami belajar sebelum ujian bermula, aku dan kawan-kawan dah merancang nak pergi karaoke untuk buang segala mak datuk stress dan enjoy sebanyak yang mungkin sebelum mati dalam peperangan ujian akan datang. Sebenarnya, sebelum ni aku pernah pergi ke pusat karaoke di tempat lain tapi harganya ya ampun mahal nak mampus dan sangat tak berbaloi sebab mereka tetapkan harga berdasarkan per hour dan bukan per room. Sehinggalah kami cuba karaoke di K11. Bak kata, sekali cuba nak lagi. Harga pula sangat berpatutan lebih kurang RM40 selama 6 jam dalam satu bilik dan percuma 2 minuman! Selalunya aku dan kawan-kawan pergi dalam ber-empat atau ber-enam untuk satu bilik. Aku ada ujian TMX esok dan masih boleh berpesta

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pantai Mukah

Mukah merupakan salah satu tempat tinggal aku selain di Sibu. Daerah Mukah juga kebanyakkannya terdiri daripada bangsa Melanau tidak kira apa agama mereka. Bab yang paling best pasal Mukah ni ialah makanan tradisional mereka seperti sagu dan umai. Kalau aku balik bercuti di Mukah, ayah aku memang akan bawa kami berjalan-jalan di pantai Mukah yang juga merupakan tempat mencari rezeki sampingan keluarga aku. Gambar diatas adalah semua adik-adik aku