Pelbagai perkara yang menyedihkan hati baru-baru ni menimpa aku. Tapi aku tetap kena teruskan hidup dan jadi kuat walaupun sakit. Aku cuba tak nak ambil kisah dengan perkara-perkara yang buat aku tertekan walaupun hampir setiap malam aku bermimpi ngeri mengenainya. Aku sekarang terpaksa pergi praktikal dekat SGH (Sarawak General Hospital) Kuching pun dengan hati yang kosong. Aku terpaksa berlagak okay dengan senyuman paksa yang pernah aku lakukan masa aku sekolah menengah dulu. Korang tahu tak dulu, aku pernah praktikal diploma aku dekat sini, tempat yang sama dengan department yang sama. Bila mana aku mula menjejakkan kaki ke makmal hospital ni, aku boleh hidu diri aku yang dulu dan juga suasana yang dulu. Aku rindukan tempat ni. Tiada banyak perkara yang berubah sebenarnya dekat sini kecuali staf yang bertukar atau staf yang baru masuk kerja. Aku tahu aku cuma ada satu misi iaitu aku mahu buktikan kepada staf sombong yang pernah sindir aku dan rakan se-praktikal aku dulu yang ...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan