Skip to main content

Praktikal Degree di SGH (Sarawak General Hospital)

Pelbagai perkara yang menyedihkan hati baru-baru ni menimpa aku. Tapi aku tetap kena teruskan hidup dan jadi kuat walaupun sakit. Aku cuba tak nak ambil kisah dengan perkara-perkara yang buat aku tertekan walaupun hampir setiap malam aku bermimpi ngeri mengenainya. Aku sekarang terpaksa pergi praktikal dekat SGH (Sarawak General Hospital) Kuching pun dengan hati yang kosong. Aku terpaksa berlagak okay dengan senyuman paksa yang pernah aku lakukan masa aku sekolah menengah dulu. 

Korang tahu tak dulu, aku pernah praktikal diploma aku dekat sini, tempat yang sama dengan department yang sama. Bila mana aku mula menjejakkan kaki ke makmal hospital ni, aku boleh hidu diri aku yang dulu dan juga suasana yang dulu. Aku rindukan tempat ni. Tiada banyak perkara yang berubah sebenarnya dekat sini kecuali staf yang bertukar atau staf yang baru masuk kerja. Aku tahu aku cuma ada satu misi iaitu aku mahu buktikan kepada staf sombong yang pernah sindir aku dan rakan se-praktikal aku dulu yang aku mampu berjaya sehingga sekarang. Aku masih ingat staff lelaki yang incharge dari Makmal Bank Darah pernah cakap "Kitak orang perempuan loan PTPTN pakey study, lepas abis study cariklah laki kaya pakey mayar loan kitak orang" sebab diaorang beranggapan pelajar dari kolej swasta ni tidak berguna dan buat semak saja. Tapi sekarang aku perlu sembunyikan identiti diploma untuk tujuan tertentu.  

Jika dibandingkan dengan praktikal yang lepas dan praktikal sekarang, aku lebih suka praktikal yang sekarang sebab aku rasa bebas walaupun mostly aku selalu seorang-seorang as long as aku kena berani, kena jadi talkactive dan tak takut bertanyakan soalan. Pelajar diploma praktikal dari tempat lain juga sangat mesra walaupun mereka semua dari institusi yang berbeza macam KSKB (Kolej Sains Kesihatan Bersekutu), UIM degree dan juga kolej swasta (Masterskill, PTPL dan iSystem).

Macam yang aku selalu tekankan pada diri aku dari dulu, aku tidak akan jadi bias. Aku akan berusaha jadi neutral tapi low profile. Kadang-kadang aku rasa kasihan dengan pelajar swasta yang praktikal bercampur dengan pelajar dari kolej kerajaan. Diorang bekerja keras untuk dapatkan posisi yang secure. Janganlah sesekali kita menuduh mereka sengaja tidak mahu memilih KSKB dan sebagainya. Sangat ramai yang aku kenal terpaksa belajar dua kali hanya kerana baru terpilih masuk KKM selepas habis belajar di kolej swasta. Ingat murah ker masuk kolej swasta ni. Siapa yang tak mahu masuk KSKB dapat free education, free allowance siap ada kupon makan, free transportation. So, silalah fikir sebelum mengecam mereka. Aku sangat respect pelajar swasta sebab diorang sanggup habiskan masa dan duit untuk sambung belajar yang belum tentu menjamin masa depan mereka. Aku salah seorang daripada mereka dan berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sebab tu aku sangat dambakan ilmu pelajaran, satu-satunya maruah yang kami pelajar ada. By the way, aku tak pernah caci maki sindir orang yang tak sambung belajar, aku percaya mereka juga boleh berjaya dengan cara mereka sendiri. 

p/s Ada staf SGH cakap yang aku ni stylo. LOL. Aku terima sebagai satu pujian. Terima kasih. Staf pun ada yang baik hati sebenarnya. Sayang diorang semua.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...