Skip to main content

Double standard Masa Praktikal

Hi. Macam tak percaya jer aku mampu habiskan praktikal aku dengan jayanya disini. Minggu ni adalah minggu terakhir aku di SGH. Banyak perkara yang berlaku, cerita-cerita bersama rakan se-praktikal yang boleh aku simpan sebagai memori manis yang tak munkin dilupakan. Aku akan sentiasa ingat rakan-rakan dari iSystem, KSKB, Masterskill, PTPL, SEGI, UIA,UM, UPM dan juga UKM. Mereka layan aku dengan sangat baik dan sangat mesra. Aku rasa happy sangat dapat jumpa dengan mereka. 

Aku juga sangat berterima kasih dengan staff SGH di sini, kebanyakkan mereka sangat rendah diri, apatah lagi jauh dari sifat kesombongan sehingga melayan kami pelajar praktikal seperti rakan sekerja yang setaraf dengan mereka. Cuma ada juga berlaku peristiwa sedih menimpa rakan se-praktikal yang lain dimana masa tu aku tengah praktikal di Makmal Patologi Kimia dan aku menjadi saksi dimana diskriminasi antara pelajar swasta dan pelajar awam berlaku. Aku juga berasa sedih bila tengok mereka dilayan sebegitu rupa. Aku masih ingat ada seorang staff dari makmal tersebut memanggil pelajar KSKB pergi ke bilik meeting untuk buat tutorial Biokimia yang diajar oleh Mr. J, salah seorang staff dari makmal yang sama. Kemudian, ada seorang pelajar PTPL datang kepada aku dan tanya aku, bolehkah mereka join KSKB untuk buat tutorial sekali. Aku pun bagitahulah dengan pelajar tu pergi tanya sendiri dengan staff kalau betul mereka nak join. Aku tak join mereka sebab bidang yang aku ambil sekarang lain dari bidang yang mereka ceburi so, aku rasa aku tak naklah join tutorial tu. 

Lepas tu, kebetulan datang seorang staff (Mdm C) suruh pelajar swasta ni join tutorial KSKB. Pelajar dari kolej PTPTL tu apa lagi, seronok bukan main, tak pernah lagi aku jumpa orang excited nak belajar. Selalu muka masam menjus jer. Dia siap cakap sanggup tinggalkan smartphone Samsung Galaxy Note II dia dalam beg sebab tak nak bagi dia sendiri hilang fokus walaupun dia jenis kaki chat dan Facebook. Aku dah siap awal bagitahu mereka yang aku tak nak join mereka tapi aku akan temankan mereka ke bilik meeting. Bila jalan punya jalan sampailah ke bilik meeting tingkat atas, pelajar PTPL tu pun bukalah pintu bilik meeting dan cuba tanya MR. J bolehkah mereka join tutorial dengan pelajar KSKB.  Tak sangka pula dengan selamba Mr. J cakap tidak, tutorial cuma khas untuk pelajar KSKB sahaja. Tak boleh ada orang luar. Wow! First time aku tengok benda ni berlaku. Sampai hati pula cakap macam tu dengan mereka yer. Adakah ilmu pengetahuan medical lab ni terlalu sulit sampai tak boleh share dengan pelajar dari kolej swasta? Teringin juga aku nak bersuara kenapa mereka perlu dilayan macam tu tapi aku pun pelajar praktikal juga. Malas pula kalau ada masalah nanti. 

Selain dari Makmal Patologi Kimia, terdapat juga makmal lain yang lebih mementingkan pelajar KSKB berbanding pelajar lain sampaikan mereka sanggup mengajar pelajar KSKB senyap-senyap bila pelajar lain tiada di sekitar mereka. Aku pun hairan kena sampai sanggup hilang belas kasihan sesama manusia dalam berkongsi ilmu pengetahuan. Aku tak lah cakap buruk pasal pelajar KSKB, bahkan mereka juga baik dan sanggup kongsi ilmu dengan pelajar lain. Ianya macam komuniti yang berlainan agama juga, ada jenis mak bapak sanggup ajar anak mereka untuk jadi jahat seperti mereka menghasut dengan kebencian hanya kerana akar fikiran kita berlainan. Begitu juga pelajar dibawah institusi yang berbeza, mereka juga seperti kain putih yang dicorak oleh pengajar mereka. Bayangkan betapa bahayanya buah pemikiran mereka sehingga mampu merosakkan hubungan sesama manusia lain. 

Jadi hamba kerajaan ni bukan bermaksud kita berbahagia selamanya walaupun diberi jaminan berduit sampai mati. Janganlah kita terlalu sombong dengan apa yang kita ada sekarang, percayalah tiada kebahagiaan yang kekal selamanya. Bila kita layan anak orang teruk, janganlah mengharap anak kita dilayan baik oleh semua orang suatu hari nanti. Walaupun aku tak percaya sangat dengan konsep karma atau kifarah ni, tapi aku percaya dengan dendam kesumat. Selagi deal dengan manusia, baik budi serta kejahatan kita akan jadi sejarah dalam minda orang lain. Jadi berhati-hatilah bila berbuat sesuatu ya. 

Tak kisahlah tua atau muda. Masing-masing perlu memberi dan menerima hormat. Banyak bekas pelajar kolej swasta yang aku tengok lebih berjaya dari aku sekarang, duit harta berkepok-kepok. Ada juga yang sambung jadi doktor dekat German. Ada juga yang aku jumpa gaji sekarang lebih RM10K sebulan dengan berbekalkan sijil diploma swasta tapi dia humble sangat dan of course lah mereka-mereka yang berjaya ini menggunakan sijil dan ilmu mereka ke alam pekerjaan dan bukan perhiasan semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...