Skip to main content

Praktikal Minggu Akhir - Cerita Dr Melisa


Hari ni, aku praktikal dekat salah satu makmal khas untuk mengesan Penyakit Tuberculosis TB dan infeksi dari fungal. Aku rasa gembira sebab dapat berjumpa dengan pelajar Masterskill walaupun ada seorang doktor muka menjus ni suka keluar masuk makmal tanpa tujuan. Doktor yang aku maksudkan ni ada psycho sikit, bahkan staff dekat sini pun tak berapa suka dengan dia. Kemana saja aku pergi di dalam hospital ni, aku sentiasa dengar gosip pasal doktor yang psycho ni. Aku tak salahkan orang yang menggosipkan cerita dia sebab aku tahu dan pernah tengok bagaimana dia melayan semua orang, sikap dia dan cara dia bercakap dengan orang yang pergi dekat dia. Aku pun pernah kena jawab dengan dia tanpa sebab hanya kerana aku tanya pasal staff yang jaga makmal agar tu. Dia agak kurang ajar sorry to say ya. Bila dia seorang-seorang, muka dia sangat masam. Sayang sangat sebab dia ni sebenarnya cantik bagi aku. Hobi dia selalu tengok handphone sampai double chin dia nampak ketara dan pelik walaupun badan slim.

Panjang-panjang cerita ni baru aku nak bagitahu yang nama doktor ni adalah Doktor Melisa (nama agak-agak jer bukan nama sebenar). Dia berbangsa Bidayuh kalau aku tak silap. Dia single and pernah belajar dekat UK dalam bidang Microbiologi (orang cerita dekat aku). Dia ni cantik orangnya, putih mulus, kecil-kecil tapi macam otak dia ada wayar putus sikit kalau korang faham maksud aku. Kadang-kadang dia boleh senyum seorang-seorang, bila dengan orang jer dia masam muka dan marah-marah tanpa sebab yang munasabah. Paling bahaya aku pernah tengok dia pandai cakap seorang-seorang entahlah dia cakap dengan hantu kot. 

Aku sebenarnya tak lah benci dia walaupun dia pernah layan aku teruk. Aku cuma curious jer pasal dia. Lagipun dia bukan sebarang doktor, dia ni kira doktor specialist dalam Microbiologi, mereka cakaplah dan part paling menarik pasal dia ni ialah dia pernah convert ke agama Islam suatu ketika dahulu (Khabar angin tak pasti betul ker tidak) dan lepas tu dia cuba convert balik ke agama asal dia atas sebab tertentu. Aku pun tak pasti macamana entah perjalanan hidup dia ni, aku malas nak judge sebab aku tak tahu betul ker tidak cerita yang orang sampaikan dengan aku ni. Aku saja tinggalkan cerita pasal dia di blog ni sebagai memori sewaktu aku praktikal sebab aku tak nak lupakan dia. 

Aku sebenarnya taklah nak percaya khabar angin sangat cuma kadang-kadang kasihan kalau betul dia ada masalah sampai dia jadi tak betul macam tu. Alangkah bagusnya aku ada pengetahuan diluar had dan aku boleh tahu semua benda. Aku pernah nak cari dia dekat Facebook tapi tak jumpa. Ada orang pernah cakap family dia ada buat black magic dekat dia sebab dia convert kepada agama Islam, atau mungkin sebab dia tertekan sangat-sangat masa belajar dulu. Siapa tahu kan? 

Aku harap dia akan okay suatu hari nanti dan jangan jadi pemarah. Tak sabar pula nak habis praktikal. Lepas ni aku perlu siapkan laporan praktikal aku. termasuk thesis akhir tahun, lesen memandu dan tak lama lagi bersedia untuk semester baru. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...