Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Kebencian di-antara Semenanjung Malaysia peninsular dan Borneo

Sekarang ni, terlalu banyak isu sensitif berlaku tidak berhenti-henti di sosial media antaranya isu penggunaan kalimah "allah" dan isu perlawanan bola sepak antara Pahang-Sarawak (3-1), kalau tidak silap aku. Apa yang boleh kita tengok dekat sini, mereka cuba cari jalan untuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia bergaduh antara satu sama lain. Kadang-kadang walaupun aku orang Sarawak, aku tak suka kalau ada Sarawakian sibuk nak menyalahkan orang Semenanjung Malaysia 100% bagaikan kita ni suci dari kejahatan dan bagaikan mereka Semenanjung Malaysia sana tak ada seorang pun yang baik. Ada masanya, aku pun hairan apalah bezanya kita dengan mereka kalau masing-masing sering berkelakuan sebegini. Paling tak boleh blah bila ada Non -Muslim Sarawakian sibuk pula nak hentam Melayu termasuk Melayu Sarawak kena tempias sekali. The fuck ? Kalau betul tak sukakan Islam atau Muslim, sila tujukan kepada orang yang sepatutnya. Ni tidak, tiba-tiba nak salahkan kaum Melayu pula walhal...