Skip to main content

Kebencian di-antara Semenanjung Malaysia peninsular dan Borneo

Sekarang ni, terlalu banyak isu sensitif berlaku tidak berhenti-henti di sosial media antaranya isu penggunaan kalimah "allah" dan isu perlawanan bola sepak antara Pahang-Sarawak (3-1), kalau tidak silap aku. Apa yang boleh kita tengok dekat sini, mereka cuba cari jalan untuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia bergaduh antara satu sama lain. Kadang-kadang walaupun aku orang Sarawak, aku tak suka kalau ada Sarawakian sibuk nak menyalahkan orang Semenanjung Malaysia 100% bagaikan kita ni suci dari kejahatan dan bagaikan mereka Semenanjung Malaysia sana tak ada seorang pun yang baik. Ada masanya, aku pun hairan apalah bezanya kita dengan mereka kalau masing-masing sering berkelakuan sebegini. Paling tak boleh blah bila ada Non-Muslim Sarawakian sibuk pula nak hentam Melayu termasuk Melayu Sarawak kena tempias sekali. The fuck?

Kalau betul tak sukakan Islam atau Muslim, sila tujukan kepada orang yang sepatutnya. Ni tidak, tiba-tiba nak salahkan kaum Melayu pula walhal kaum tak ada kaitan pun dengan agama. kaum adalah bangsa yang sampai mati kau pun tak boleh tukar. Agama adalah kepercayaan yang kau boleh bawa sampai ke mati kalau kau tak nak tukar. Aku sendiri pun berketurunan Melayu, aku bukan penipu macam yang orang cakap Melayu kaki penipu. Aku tak lakukan apa-apa diskriminasi dengan orang yang berlainan bangsa dengan aku, aku tak buat cerita jahat pasal orang. Sekalipun aku ditakdirkan jadi pemimpin, aku akan layan semuanya sama rata. Tak tahu ker selama ni memang ada majikan Non-Muslim Bumi atau Non-Bumi cuma ambil pekerja yang sama bangsa/agama dengan mereka, sama seperti sesetengah majikan Melayu. Bila korang tengok cabang masalah ni, orang jahat ni tak kira dia bangsa apa, agama apa. Dimana-mana korang akan rasa benda yang sama macam ni. Mentaliti orang kita yang bermasalah sebenarnya.  


"Laut" adalah salah satu bahasa Iban yang bermaksud Melayu. Ayat diatas tu maksud dia macam ni, "Mereka (Melayu) nak sangat makan kasam babi ka? 2 bulan sebelum Hari Raya Aidilfitri, mereka dah terjerit-jerit macam nak mati, kita (Dayak/Iban) tak ada juga nak berbunyi. Mereka ingat semua orang boleh di-Islamkah kah? Fuck you!!!!!! Masa orang minta cuti, bangsa Melayu boleh pula apply cuti sebulan awal." Dia maksudkan dia marah sebab bangsa dia tak boleh apply cuti kerja terlalu awal dari bangsa Melayu. Aku syak dia ni mesti kerja government sebab dia asyik salahkan Melayu. Lainlah kalau kerja dengan bangsa Cina, memang Cina juga kena sumpah kot


Di UNIMAS, ada masanya pelajar Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia boleh jadi kawan baik dan kitorang tak ada masalah pun dalam berkomunikasi. Orang Semenanjung Malaysia tak ada lah teruk mana pun seperti dalam khabar angin. Kebanyakkan mereka baik, polite, sangat mengambil berat dan kadang-kadang tak kedekut pun dengan ilmu. Tapi tak dinafikan, ada juga yang berhati jahat sama macam sesetengah orang Sabah dan Sarawak. Orang selalu ingat orang Sabah dan Sarawak ni cantik dan kacak tapi hakikatnya sama saja dengan yang dari Semenanjung Malaysia. Malahan aku pernah tengok orang Semenanjung Malaysia ni lagi cantik dan kacak, tak perlu mix sana-sini pun. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...