Skip to main content

Stereotype Orang Sarawak

Aku terjumpa ni masa aku tengah scrolling Facebook wall aku. Gambar di bawah ni adalah di post oleh sepupu partner aku, dia complain pasal seseorang yang bercakap pasal tanah yang  sepatutnya milik bla bla serta bercakap macam orang tersebut tidak tahu nak hormat agama dia. Dia pun bidas dengan mengatakan tanah di dunia ni sepatutnya milik tuhan, dan bukan milik untuk spesifik kaum dan agama.  


Aku sebenarnya bersetuju dengan sedikit point dia pasal tanah bukan milik untuk satu-satu kaum saja. Tapi bila aku start baca komen dia dengan kawan dia seperti gambar dibawah, aku jadi sentap sekejap. 


Kadang-kadang aku rasa kecewa dengan dia ni, dia baik dan mesra tapi baik pun memang akan ada kekurangannya. Oh ya, untuk pengetahuan korang, "kirian", "killiang", "kiliang" atau "kireng" bermaksud Melayu dalam bahasa Bidayuh. Sepupu partner aku ni sebenarnya banyak kawan Muslim dan aku rasa kawan-kawan dia maybe tak tahu sangat pasal komen untuk post dia ni, bahkan ada yang "like" post dia mantak-mantak. "mu pu'an geh leh.." maksudnya lebih kurang "tahu-tahu sajalah". Macam tu kot kalau tak salah. 

Kenapa perlu stereotype? Itulah susah dengan orang sekarang ni sangat hebat play victim sampaikan orang boleh tengok mereka ni orang baik yang tak mungkin buat jahat. Okaylah, aku cuba fikir positif, dia cakap dia akan unfriend orang yang rasis di Facebook dia tapi bila kawan dia komen macam tu kenapa dia tak unfriend?? Aku rasa kalau dia betul-betul bencikan manusia rasis, dia patut tidak boleh ada perasaan berat sebelah kecuali kalau dia maksudkan dia sebenarnya akan unfriend ORANG MELAYU yang rasis dan bukannya Non-Melayu yang rasis. 

Korang tahu tak maksud stereotype ni?


"Stereotypes often form a complex, multifaceted set of associations that includes both positive and negative components. For example, traits like poor, lazy, and athletic are often associated with Black people in explicit and implicit measures" 

(Harding, Proshansky, Kutner & Chein, 1969; Secord & Backman, 1974).


Untuk pengetahuan korang juga, tak semua Melayu malas membaca segala mak bapak journal dan artikel. 

Kalau aku tak silap, kita semua ada belajar pasal ni dalam subjek "Hubungan Etnik" di Universiti. Subjek dimana banyak orang menyangka ianya sebagai subjek sampah dan tak berguna serta membuang masa. Tapi tengoklah apa yang terjadi kalau kita sendiri yang mensia-siakan apa yang kita belajar. Okay, aku cuba ringkaskan balik maksud stereotype ni, dia macam sesuatu yang kita sudah set dalam minda kita, macam "asal pencuri penipu jer mesti Melayu yang buat" yang bermaksud segala perkara yang dilakukan terutamanya perkara jahat dihakimi berlandaskan kategori, bangsa dan juga agama oleh seseorang. Lebih kurang macam tu lah, aku tak pandai nak explain sangat.

Aku juga benci rasis, aku juga benci orang yang jenis stereotype ni. Aku benci orang mengata kaum aku, aku juga benci kaum aku mengata kaum yang lain. Aku sentiasa ingatkan diri aku sendiri untuk jadi baik dengan semua orang tak kira mereka tergolong dari kumpulan mana dan dari komuniti mana. Aku juga tak lah bermaksud nak memalukan dia cuma aku mahu kita semua berhentikan jadi stereotype ni dan contohnya seperti yang diatas ni. 

Jangan hanya kita ada bahasa sendiri yang orang lain tak faham, kita boleh bercakap jahat pasal orang lain dan bangsa lain. Mungkin mereka tidak faham apa yang kita cakap tapi sebagai seorang yang berpegang dengan kepercayaan yakni percaya dengan tuhan dan kebaikan yang diajari dalam setiap agama, tidak malukah berbuat jahat dengan orang lain? Bak kata "Jadilah seperti pohon, mereka melempar kita dengan batu, kita balas dengan buah".  Aku yang tak religious ni pun tak sampai hati buat orang macam tu. 

Kesimpulannya, kalau betul kita anti-rasis dan ingin unfriend orang yang rasis dari hidup kita, lakukan tanpa berat sebelah. Kalau mahu jadi positif, start dari diri sendiri. Kalau sudah benci sangat dengan bangsa Melayu sebab selalu kena palat, fikirkan bangsa Melayu lain yang sangat baik hati yang tak tahu apa-apa tentang kisah sadis kita, yang tak ada kaitan dengan hidup kita tapi mantak-mantak dibenci tanpa sebab oleh kita, samalah macam bangsa sebaliknya. Sama-sama kita beringat.

By the way, masih banyak pula orang Non-Melayu ni confuse dengan bangsa dan agama. Masuk Islam diorang fikir masuk Melayu. Heran ati ku. 

Rujukan:

1. Harding, J., Proshansky, H., Kutner, B.~ & Chein, I. (1969). Prejudice and ethnic relations. In G. Lindzey (Ed.), Handbook ofsocialpsychology (Vol. 5). Reading, MA: Addison-Wesley.

2. Secord, P. E, & Backman, C. W. (1974). Social psychology. New York: McGraw-Hill.


Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...