Skip to main content

Partner Lain Bangsa

Banyak juga yang suka bertanya kepada aku, kenapa aku tak nak pilih lelaki yang sama bangsa dengan aku aka lelaki berbangsa melayu untuk dijadikan pasangan, bla bla dan sebagainya. Aku dah tak ingat apa jawapan yang aku bagi dekat diorang tapi yang pasti ianya bukanlah satu jawapan yang betul sebab aku ni jenis jawab sebarang jer kalau kena tanya soalan yang tak dijangka-jangka. Lagipun aku tak sangka juga wujudnya soalan-soalan yang macam tu apatah lagi ditujukan kepada aku. So, maybe sebab tu aku cuma main jawab jer ikut apa yang terlintas di permikiran aku masa tu. 

Sebenarnya, kalau nak diikutkan aku tak ada pun jawapan untuk soalan macam tu. Aku tak ada sebab pun tak nak pilih lelaki Melayu dan tak ada sebab nak pilih lelaki bukan Melayu untuk dijadikan pasangan aku. Kalau nak diikutkan, bangsa dan agama langsung bukan dalam senarai requirement untuk aku jatuh cinta. Bahkan aku tak rasa pun jantina perlu ditentukan untuk memilih pasangan. Apa yang aku lihat pada seseorang adalah komitmen mereka pada aku, sikap, personaliti dan entahlah, bak kata kalau perasaan tu hadir, dia tak kisah pun dalam keadaan yang macamana. 

Tak ramai juga yang tahu teman lelaki pertama aku adalah lelaki Melayu yang berasal dari Pahang. Dia adalah lelaki yang baik dan sangat sopan. Keluarga dia juga boleh dikatakan cukup religious sampai ex aku pernah merayu dengan aku untuk berpakaian dan jalani kehidupan ikut standard kepercayaan mereka. Hubungan kami masa tu tak lama sebab dia duduk jauh dari aku, menyebabkan aku susah nak percaya keadaan dia dekat sana tambahan pula masa tu aku baru jer habis belajar diploma. Aku juga tak mahu kejam dengan orang, kalau aku cakap aku tak dapat beri komitmen aku dengan dia, aku akan terus terang dari berlaku curang. Lagipun sejak sekolah aku tak pernah rasa diri aku cantik, bukan nak minta pujilah. Korang boleh tengok pertama kali aku ada partner masa umur aku 20/21 tahun itupun tak pernah jumpa face to face. Masa sekolah dulu, aku ni boleh dikatakan invisible girl sebab orang tak pernah pun perasan kehadiran aku sebab banyak pelajar yang cantik-cantik yang jadi perhatian utama mereka. 

Lelaki dalam gambar adalah partner aku yang sekarang, seorang lelaki berbangsa Bidayuh dari Bau Sarawak. Setakat ni hubungan kami 4-5 tahun dah, agak lama sebab masing-masing tengah struggle nak dapat kerja bagus dan habiskan belajar. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku terima dia jadi partner aku. Sebelum couple pun, kitorang kawan baik jer, tak pernah sangka boleh jadi sampai sekarang macam ni sebab aku tak pernah terfikir nak nak bersama dengan dia, seriously. Lagipun masa mula-mula online chat pun, aku rasa dia seorang yang rasis dan pervert sebab pernah cakap suka body perempuan cina yang seksi. Handsome pun jauh sekali, apatah lagi romantik. 

Entah kenapa ada masanya aku seolah-oleh rasa diri aku desperate hanya kerana dia. Maybe sebab kali pertama rasa apa itu cinta buta kot. Aku mengaku aku masih muda untuk benda-benda macam  ni, nasib baik dia bukan jenis yang ambil kesempatan dan bersabar dengan sikap aku yang ada masanya terlalu emosi. Ini semua kerja gila..

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...