Skip to main content

Perkahwinan Tanpa Restu Keluarga

Aku selalu dengar kawan dan orang-orang disekeliling aku cakap yang kahwin tanpa restu keluarga ni tak akan berkekalan. Mereka percaya konsep restu adalah satu-satunya cara untuk mengelak dari kecelakaan dan masalah rumah tangga di masa hadapan. Aku kasihan dengan cara mereka berfikir macam ni dan lebih membimbangkan jika mereka mengajar anak-anak mereka dengan teori yang semestinya tidak tahu pokok pangkal betul atau salah. Bayangkan saja generasi sebegini akan mempengaruhi keturunan kita yang tiada kaitan ini. Adakah perlu meminta izin dari keluarga instead of memberitahu saja kepada mereka? 

Bagi aku, sekalipun perkahwinan direstui 7 keturunan keluarga, kalau sepatutnya pasangan itu bercerai, memang akan bercerai juga di akhir cerita. Jadi, konsep restu itu tidak boleh diguna pakai untuk sesuatu perkahwinan yang kekal. Sekiranya restu itu hanya sekadar khabar gembira atau makluman kepada keluarga, mungkin aku boleh terima sebab masyarakat kita masih menggunakan istilah tersebut sebagai adat sebelum meneruskan perkahwinan. 

Lagi satu, korang tahu ker apa yang menyebabkan sebuah perkahwinan itu bercerai-berai? Sudah semestinya disebabkan banyak perkara, tapi bila dikaitkan dengan restu ni, banyak yang bercerai disebabkan tekanan dari mak bapak sendiri lagi-lagi yang stay dengan family lepas kahwin. Kahwin ni bukan tunggu kita nak bernafsu seks dan buat zuriat saja yer, kahwin ni untuk bila kita dah cukup matang dalam berfikir. Jadi bijak dan pandai berdikari itu pula satu bonus. Kalau tahu keluarga tak suka atau pura-pura suka, kita pindahlah jauh dari mereka, contact kalau boleh jarang-jarang pun tak apa (siapa suruh mereka jahat sangat kan? LOL!). Kadang-kadang bukan anak saja yang derhaka, orang tua juga ada yang bertopengkan syaitan, tidak kurang juga menantu iblis. Semua itu bergantung pada individu itu sendiri. So, jangan cakap aku ni bias.

Kalau masih juga nak bercerai, cerailah yang penting "tidak direstui" itu bukan sebab sebenar berlakunya penceraian. Bak kata aku, kahwin kena bersedia dari segala segi. Kalau gaduh banyak kali pun masih sayang, tak juga akan bercerai. Kahwin dengan orang yang tidak serasi paling banyak berlaku dikalangan kita walaupun dengan pilihan dari ahli keluarga sendiri. 

Tapi aku juga tidak pernah suruh jadi kurang ajar dengan mak bapak, orang yang menyediakan makan minum dan tempat tinggal kita. Tapi, sekurang-kurangnya dalam kita memikirkan kebahagiaan mereka, kita juga perlu kebahagiaan kita. Aku juga faham tidak semua orang memiliki mak bapak yang baik yang sentiasa menyokong segala keputusan yang kita buat. Tapi kita kena fikir bila kita sengsara hidup didalam pilihan yang mereka buat untuk kita, tidak mustahil kita juga akan menyeksa anak-anak kita seperti mana yang kita pernah kena sebelum ni. Putuskanlah rantaian ini dan mulakan dari diri sendiri. Kita berhak untuk bahagia. 

Sumber gambar dari Google Image

Kata-kata seperti "Berkahwin dengan seseorang, samalah seperti kita perlu berkahwin dengan keluarganya" tidak boleh digunapakai kecuali kalau lepas kahwin tinggal serumah dengan parent atas sebab tak munasabah. Itu memang cari nahas sendiri. 

Ada keluarga sanggup putus pertalian darah dengan anak mereka bila anak mereka berkahwin dengan dengan orang yang mereka tidak suka bahkan mereka sanggup menyumpah anak sendiri masuk neraka, kaitkan dengan segala macam hukuman dari tuhan dan mengugut sampai anak rasa tertekan. Ladies and gentlemen, inilah salah satu contoh keluarga yang patut kita jauhi sampai mati kerana mereka adalah perosak hubungan serta penghasut nombor satu dunia itu belum lagi mereka pergi sebar cerita dengan orang disekeliling mereka. Lainlah kalau anak kahwin dengan penjenayah atau jenis yang suka abuse orang. Mungkin kita perlu nasihatkan mereka terlebih dahulu, tapi bak kata aku, semua itu depend dengan situasi juga. 

Terlalu banyak pasangan diluar sana yang kahwin tanpa restu keluarga. Elok jer aku tengok, bahagia bukan main. As long as kita sendiri yang matang, pandai berfikir, pandai cari duit, tak curang, dan sebagainya, perkahwinan akan kekal sampai bila-bila. Pasangan macam mereka ni lah yang patut kita contohi, bayangkan tanpa bantuan dari ahli keluarga sendiri, mereka bina mahligai dengan hasil usaha sendiri, mereka juga terpaksa kuat untuk anak-anak baik mental dan juga fizikal. Itu belum lagi malaun-malaun jalanan yang tak tahu apa-apa cerita condemn mereka dengan bermacam cerita sebagai pasangan kahwin tanpa restu keluarga. Mereka sangat kuat berbanding pasangan yang lain. 

Kepada generasi yang akan datang, tolonglah jangan jadi mertua, biras, ipar yang parasit. Mak bapak yang baik sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka, menyokong apa jua keputusan dari anak mereka dan bukannya putus pertalian darah especially untuk family yang suka buang anak bila anak kahwin dengan pasangan yang berlainan agama dengan mereka. Kalau ada tak puas hati, sila berbincang dan bukannya jadi batu api. Anak dilahirkan untuk jadi manusia, dan bukannya barang yang kita harapkan manfaat saja dari mereka. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...