Skip to main content

Trend Jaga Aib yang Mengarut

Sumber gambar dari Google Image

Fenomena di Malaysia sekarang ni adalah berkaitan dengan "aib" atau dark side setiap manusia kiranya gitew. Sering kali aku terbaca adalah si sanuk-sanuk ni cakap "tak perlulah ceritakan segala hal-hal aib, sebarkan aib dan bla bla" acah diri suci. Kalau rasa tak suka, kalau rasa malu dengar aib pasal orang, mohon diamkan diri dan jangan masuk campur. Itulah cara terbaik dari tiba-tiba menjengah tanpa diundang lepas tu pergi complain pula macamlah orang suka dia ada di situ. Kadang-kadang, bila kita ceritakan pasal sesuatu pada orang lain, kita mahu yang lain belajar dari pengalaman kita dan memberi amaran akan sesuatu agar kejadian tidak diingini tidak berulang lagi. Kenapa nak simpan aib orang yang jahat yer? Kita pun bukannya menyebar cerita fitnah atau melakukan penipuan. Kalau sekalipun menipu atau memfitnah, boleh jer buat laporan polis atau saman, yang penting bukti yang kita tak menipu tu ada. Spesis acah suci ni, kalau nak tolong orang jauh sekali apatah lagi turun padang. Kerja mereka cuma bagi nasihat sampah yang langsung tak berguna at the end bila kena dekat batang hidung sendiri baru tahu nak terdiam. Marahnya aku. Hehe. 

Maksud sebenar yang cuba aku sampaikan ialah, kalau kita sudah tidak mampu mempertahankan diri secara fizikal, perkara terakhir yang kita guna adalah kata-kata kita. Kata-kata itu senjata, senjata yang dapat tumbangkan kejahatan orang lain kalau digunakan dengan cara yang betul dan jujur (of course kena ada bukti sekali ya). Kalau perlu sangat sebarkan aib orang, teruskan saja biar semua orang tahu dan biar orang jahat tu malu untuk lakukan penindasannya kepada mangsa lain. Mana tahu, tindakan kita ni mampu menyelamatkan orang lain dari menjadi mangsa, Tapi janganlah menokok tambah cerita yer, bagi yang tak percaya pula diminta ignore pun dah lebih memadai. Tak perlu nak nak jadi ikan bilis cakap fake lah, salah lah, tapi tak tunjuk bukti kukuh. Kalau nak debunk, debunk jangan alang-alang. Aku faham memang setiap daripada kita ada dark side yang tersendiri. Tapi dark side kita selagi tak sakitkan orang lain, tidak apa. Kalau dah teruk sangat, paksa diri perbaiki dan jadi yang terbaik. Sebelum cakap tak puas hati, kena bincang dulu face to face. Bukan terus buka cerita di tempat awam melainkan kalau sudah tiada jalan lain atau perbincangan itu boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk. Lebih senang lagi aku bagi contoh kisah penderaan isteri oleh suami yang panas baran. 

As long as kita ada bukti. Kita mampu lawan balik pembuli yang tak bertauliah ni.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...