Skip to main content

Berbeza Pendapat

Aku teringat movie lakonan oleh Johnny Depp dengan Angelina Jolie.. Johnny Depp punya quote masa tu "Different is good..". Rasa tersentuh pula aku sebab sejak aku di bangku sekolah lagi aku memang berbeza dari orang lain. Kawan-kawan rapat selalu cakap aku ni pelik dan bagi mereka apa yang aku buat memang melawakkan. Seriously, aku tak terasa pun. Aku suka jadi lain dari yang lain. Asalkan perkataan "yang lain" bukanlah bermaksud perangai macam tak betul atau tak senonoh.

Tapi risiko jadi berbeza ni, kita selalu rasa tersisih dan keseorangan. Sebab utama ialah tak berapa ngam dengan orang di sekitar kita. Aku pernah rasa semua tu, once aku rasa pendapat aku berbeza dari orang lain atau perangai orang tu dah tak ngam dengan aku, aku cuba elak nak bersama dengan orang tu. Bukan sebab sombong, nanti dibiar lama-lama, masing-masing boleh bermasam muka dan bergaduh. Itu yang aku cuba elakkan.

Tapi, semakin besar semakin matang. Aku dapat kawal mulut dari terlalu lantang sebab takut nanti buat orang lain sedih. Entahlah, apa saja yang orang lain fikir, aku akan fikir sebaliknya. So, bila diorang dah start argue, aku lebih suka mendiamkan diri sekarang. Bukan macam orang lain yang rasa diri dia berbeza, show off dengan cara terlalu lantang bersuara tapi tak pernah fikir pasal perasaan orang lain. Even kita rasa hati kita terluka sebab tak sama pendapat dan kita rasa macam tertembak, sebaiknya janganlah jadi macam diorang.

Walaupun niat kita baik untuk menegakkan sesuatu, adalah lebih baik action dari terlalu banyak bercakap. Pendapat adalah subjektif sama juga macam kecantikkan. Tidak akan ada seorang pun yang tahu pendapat mana betul, mana salah. Cuma yang kita pertimbangkan yang mana boleh mendatangkan lebih banyak kebaikkan dari keburukkan atau sebaliknya. Sebab tu kalau boleh jangan terlalu melampau-lampau lantangnya..

Jadilah diri sendiri. Kalau dah rasa berbeza, jangan terlalu show off sangat rasa diri tu unik. Consider dengan orang normal disekeliling kita.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Adis Buan Resort Segong Bau

Hari tu, aku ada post pasal Mid-Autumn Festival. Hari ni, aku nak kongsikan pasal aku ada pergi satu tempat yang menarik yang terletak di Singai, Bau. Aku dan kawan-kawan merancang pada minggu lepas untuk pergi melihat dan makan-makan di tepi sungai memandangkan cuaca baru-baru ini agak panas. Aku dan Hallen bergerak ke sungai dari rumah Sungai tidaklah nampak begitu dalam tapi masih tetap cantik dipandang. Sebelum sampai ke destinasi, kami telah sesat beberapa kali memandangkan driver dan penasihat sebelah driver keliru jalan diantara simpang Singai dan simpang Apar. Tapi, at last sampai jugalah ke destinasi sebelum tengahari. Selalunya kalau aku bagi panduan jalan, mungkin tiada kedengaran. Haha. Tak pa lah. Kami ingatkan tidak ramai yang tahu tempat ni disebabkan perjalanan yang agak jauh dan didalam hutan. Tapi, sangkaan kami salah. Masa sampai hari tu, penuh pula kereta parking diluar resort dan sangat banyak pelawat membawa keluarga mereka disini untuk barbecue . Sungai Adis ...

Berpindah Blog

Setelah berbulan lamanya mengambil keputusan untuk pindah blog atas sebab tertentu, akhirnya berhasil juga walaupun entri lama di Wordpress tidak dapat dipindahkan sepenuhnya atas alasan perisian yang tidak menyokong format. Jadi dengan rela hati, aku paksa juga diri ini copy and paste semua entri lama ke blog baru dengan cara manual. Sayangnya semua komen-komen dan view yang lepas terpaksa dilupakan. Tak mengapalah, sudah nasib. Sebelum aku berpindah blog, beberapa bulan yang lepas aku terpaksa uruskan diari digital aku, menukarkan dari tulisan tangan ke tulisan taip agar lebih kemas dan rapi. Selesai yang itu, barulah aku fokus dengan blog aku.  Aku memang banyak jenis diari, dari tontonan umum sehingga yang betul-betul privasi. Walaupun tidak banyak memori indah yang boleh dicatat, sekurang-kurangnya, dengan diari ini, dapat memberi ingatan segar tentang bagaimana aku jalani hidup sehingga kini.  Sekarang sudah bulan Disember, tahun depan 2024. Kadang-kadang rasa takut b...