Skip to main content

Sosial Hidup Zaman Sekolah Menengah

Dari zaman aku sekolah dulu sampailah sekarang, aku memang dah banyak berubah. Bukan setakat dalaman dan fizikal atau attitude, malahan cara penampilan juga sangat ketara perubahannya. Bagi kawan-kawan sekolah lama aku, mungkin diorang rasa perubahan macam tu adalah perubahan yang tak elok tapi bagi aku sebaliknya. Terus-terang aku bagitahu aku benci diri aku yang dulu, sebab tu aku terus perbaiki dan perbaiki untuk jadi yang lebih baik sekarang.

Aku masih ingat, time paling banyak orang tak dapat mengenali diri sebenar aku adalah start aku pindah ke Mukah. Masa tu, cara aku tak ngam dengan kebanyakan orang disana dan masa tu juga aku cepat terpengaruh dengan kawan-kawan (tak semua) dan suka bercakap buruk pasal orang lain sebab aku rasa diri aku lebih baik kononnya. Ada kawan yang rapat tapi selalu meninggi diri dengan kekayaan dan kecantikkan diorang. Rasa macam kesunyian saja sebab sangat tak serasi walaupun dikelilingi oleh banyak kawan. Bayangkan 3 tahun aku menderita di sekolah. Lepas tu, jumpa lagi haters yang buat hal dengan aku sedangkan aku tak kacau diorang sampai layangkan surat dengan kata-kata benci. Tapi dalam banyak-banyak kawan juga, ada kawan yang okay dan baik tapi entahlah, aku rasa masih ada ruang diantara kami sampaikan tak semua perkara aku nak cerita detail pasal diri aku.

Bila diingat kembali, lebih banyak sakit hati dari mengembirakan hati. Even sekalipun memohon berjuta-juta kemaafan, hati aku dah tak ada perasaan nak memaafkan dah. Tapi, seburuk-buruk kenangan, paling bermakna adalah belajar dari kesilapan. Biarlah apa orang nak kata bila jumpa aku sekarang ni or nak jadikan aku gosip ke apa.. Aku happy go lucky jer.

Memang juga aku sengaja tak nak jumpa kawan-kawan lama aku untuk berkumpul bersama, sebab apa yang aku dapat dari diorang adalah feedback yang negative. Lepas tu siap menyindir, tak tahulah apa niat sebenar diorang sebab aku tak akan cerita detail pasal diri aku dengan diorang. Macam yang aku bagitahu dulu, aku tak akan judge orang macam diorang judge aku. Tak mungkin aku nak berubah macam dulu hanya melalui kata-kata sedih atau sinis atau semualah sekali. Sebabnya, time aku kesusahan masa sekolah dulu-dulu, aku menangis seorang-seorang dalam bilik tiap kali habis sekolah.

Bukan nak jahatkan siapa-siapa juga. masa sekolah dulu, aku adalah salah seorang pendengar setia yang tak akan mencelah atau tukar topik bila orang bercerita dengan aku. Tapi malangnya, semua kawan-kawan aku dulu tak suka dengar cerita boring aku. Maklumlah, dulukan nerd, pengawas sekolah, kerja rumah.. Cerita pasal crush ada tapi tak ramai yang tahu, topik boyfriend-boyfriend ni aku tak pernah nak sentuh sebab aku rasa aku masih belum bersedia. Dalam otak cuma study dan study. Dahulunya masa berkawan, bukan main sama-sama berjanji lepas dapat result SPM, sambung belajar sama-sama tapi bila aku baru masuk 1 bulan di PLKN Sungai Rait Miri 2008, dah dengar berita kawan dah study dan bawa haluan masing-masing. Tapi aku bersyukur juga, aku pun start bawa haluan aku sendiri, aku lebih berdidikari dan matang.

Kak Mal, kawan aku sejak dari diploma sampai sekarang masih keluar bersama

Itulah zaman sekolah menengah aku dulu. Study bukan main hebat, tapi hidup sosial sangat teruk. Bila hidup sosial bagus, study pula teruk. Memang masing-masing mahu jadi watak utama dalam cerita sendiri begitu juga dengan aku. Aku dari dulu bukan jenis yang suka mengampu orang tapi terpaksa juga dengar cerita orang yang memuji dirinya sendiri. Nasib baik kenangan tu dah berakhir. Masuk ke alam diploma dan degree paling menyeronokkan apatah lagi jumpa kawan sama kepala.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...