Skip to main content

Belajar Tinggi-Tinggi tidak Penting?

Pernah dengar tak quotes ni "Belajar tinggi-tinggi pun belum tentu ada kerja bagus" atau "Belajar sampai Universiti tapi hujung-hujung menganggur" ?? Well, mengaku jer lah benda tu semua common dikalangan masyarakat kita. Kita belajar untuk lulus dan cemerlang dan kerja dan seterusnya meneruskan hidup yang normal sebelum mati. What a life? Tapi lebih teruk dengan mentaliti kita semua yang sudah di set oleh golongan orang tua. Kita bukan lagi belajar untuk ilmu, kita belajar untuk kerja, pangkat, duit dan bayar hutang.

Kebanyakkan golongan yang sudah bekerja inilah yang suka memandang rendah kepada pelajar Universiti atau IPTA atau IPTS, sebabnya golongan kami ni kononnya penghabis duit mak bapa serta ke-pokai-an nombor satu. Once again, kenapa mesti samakan semua student macam tu? Not all student take for granted, you know.. But you guys punya mindset, aduhai.. Itu belum lagi jumpa golongan pekerja gaji RM5K (yang dikatakan terlebih cukup) atau pekerja kerajaan. Bukan nak kata semua, tapi kenyataan sesetengah daripada mereka berfikiran macam tu. Bila dah dapat kerja kerajaan, terus muktamad. Belum lagi keluar riaknya bila berjumpa orang-orang disekeliling. Bak kata lecturer kesayangan, adakah sampai ke mati kita nak drive kancil, axia, myvi sedangkan kita sudah bekerja? Bukan nak hina kereta comel-comel tu, aku anggap ianya sebagai dorongan lainlah kalau beli kereta comel sebab nak low profile. Memang ada yang tak belajar tinggi tapi income boleh sampai beratus ribu ringgit tapi berapa ramai yang berjaya macam tu? Nak harapkan business internet downline, token apa semua, berapa ramai yang berjaya kalau tidak dengan usaha. Adalah mustahil dengan hanya duduk goyang kaki sahaja. Itulah manusia, bila benda baik, kita halang, kononnya belajar dari pengalaman orang tua. Tapi rezeki yang diberi tak akan sama setiap daripada kita walaupun jumlah gaji yang lebih kurang sama.

Memang akan ada orang yang belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai mana pun, namun begitu, kita tak semestinya boleh membuktikan orang yang tak belajar tinggi-tinggi sangat hebat dengan berkata begitu. Tidak selagi golongan mereka tidak merasa kesusahan belajar di peringkat Universiti. Sekurang-kurangnya orang yang tidak pandai belajar mampu dan berani menjejak kaki ke peringkat yang lebih tinggi yang dikatakan sebagai "membuang masa". Adakah kita sanggup kerja lebih masa untuk gaji yang lebih kurang sama dengan kerja yang hanya memakan masa 2 hingga 3 jam. Gaji besar tapi kerja dari pagi sampai malam termasuk overtime. Macam itulah fikiran orang kita sekarang, kita lebih rela ditindas oleh diri sendiri dari mengambil risiko untuk berjaya. Mungkin, masa hidup yang singkat dengan jiwa yang teringin nak kahwin dan ada anak dan merasa banyak komitmen. Itu adalah pilihan hidup sendiri jadi terpulang nak jadi apa tapi janganlah sampai mengomen macam diri sendiri lebih bagus sebab, kita tak tahu masa depan orang macamana.

p/s setakat ni, aku tak pernah jumpa orang belajar hanya kerana ilmu pengetahuan.. Semua sebab duit atau memilih kedua-dua sekali kononnya. Agaknya aku pun dah jadi pedas sebab lecturer selalu bagi makan cili.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...