Skip to main content

Gadis yang Bergaya

Hari tu aku ke kelas macam biasa, duduk dalam kelas 30 minit lebih awal dengan keadaan kelas yang macam berada di bawah takat beku apatah lagi diwaktu pagi dan musim hujan telah tiba setiap kali hujung tahun. Then, suddenly ada dua orang perempuan duduk sebelah aku. Muka biasa-biasa tapi style nampak bergaya, sangat feminine.. Siap bawa handbag, pakai ladies shoes. Bagi aku, style tu masih nampak biasa sebab ramai dah student perempuan di sini yang suka bawa handbag dari beg galas macam aku bawa setiap hari ke kelas. Pelajar IPT memang dah biasa bergaya macam tu. Aku sebenarnya memang nak jadi normal macam diorang cuma aku fikir dapat ker laptop disumbat ke dalam handbag nanti, botol air, payung, pencil box, files, notes dan sebagainya.

Kadang-kadang aku rasa aku ni nerd sangat walaupun ada orang cakap aku ni jenis yang bergaya. Mungkin bergaya dengan cara yang tersendiri maksud diorang. Kalau nerd tak bergaya tapi pandai tak apa juga, tapi kalau tak deanlist, buat malu jer. Nasib aku bukan jenis yang pakai spec. Walaupun bergelar student, ada sesetengah orang beranggapan bergaya tak penting tapi macam kita semua, kita dah berada di zaman modern, sudah tentu berfesyen itu penting. Jarang jumpa orang yang tak suka bergaya kecuali kalau dia nak bergaya yang epic failed, if you know what i mean.

Susah jadi lelaki, susah lagi jadi perempuan. Macamana pun aku cuba jadi feminine, bergaya bagai nak rak tetap akan jadi serba tak kena dengan aku. Seriously aku rasa down dan tak confident. That's why style aku agak tomboy sedikit (walaupun begitu aku tetap rasa tak cun juga sebab body aku ada shape perempuan). 

Kadang-kadang muak jer pakai beg galas berat-berat ke kelas, alangkah bagus laptop boleh jadi kecil atau beg tu sumbat apa jer tetap ringan macam pocket Doraemon. Aku ni dah lah pakai beg macam budak baru masuk sekolah, bawa lagi beg lain untuk letak notes dan files. Aku pun hairan, macamana student perempuan zaman sekarang boleh ke kelas dengan bawa handbag yang comel siap boleh bawa tablet lagi. Oh ya, hari tu ada seorang perempuan ni heboh-heboh pasal dia beli jam tangan Gucci harga RM2K.. Tahniahlah, aku punya jam tangan brand Padini jer, tak tahu bila nak beli Gucci-Gucci gitew. Tu belum beg Gucci, beg Spring pun dah sakit nyawa nak beli.

Itulah hidup student yang tak berduit, berlapar itu perkara biasa.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...