Skip to main content

Kemalangan Kereta yang Pertama

Setiap daripada kita mesti akan pernah berada dalam situasi kemalangan di jalan raya atau kemalangan kereta, termasuklah orang yang tidak pernah memandu (kau ingat boleh terlepas ker). Paling sikit pun sekali dalam seumur hidup, sama ada teruk atau tidak. Macam aku disini, Nasib baik cuma melibatkan dua buah kereta saja dan nyawa pun masih nak stay dalam jasad aku. Kemalangan ni berlaku seminggu selepas lesen memandu aku keluar dan usia kereta baru jer 5 hari dan aku dah fucked up-kan kereta aku, LOL. Kemalangan tu berlaku dekat area parking fakulti aku FSTS. Bila dikenang balik, agak lucu, clumsy dan miskin.  Semua orang dekat situ berusaha nak tolong aku terutamanya mereka yang dari UNIT ANGGOTA KESELAMATAN UNIMAS dan kebanyakkan staf dari fakulti aku. Sebenarnya kisah ni dah lama berlaku tapi aku masih trauma dan pernah berazam tak nak drive lagi sebab aku ni budak miskin, sampai fikir kalau kemalangan lagi disaat aku tak ada duit, memang mati sajalah. 

Kos membaiki kereta menelan belanja RM2K macam tu untuk kedua-dua buah kereta

Masa tu aku baru nak pergi ke kelas dari rumah sewa aku di Matang. Bila dah sampai di tempat parking di UNIMAS, aku tak sempat pijak brek bila sampai di selekoh, dan cun-cun juga kereta di dilanggar tu parking di area corner. First time accident percayalah, kita memang akan rasa panik sangat, tak tahu nak buat apa lepas tu call sana sini minta datang dan nasihat dari yang berpengalaman.  Ada juga sesetengah orang tanya dengan aku, kenapa aku tak lari jer sebab masa kejadian, memang seorang saksi pun tak ada. Aku pun respond la cakap aku tak berani nak buat macam tu, lagipun siapa tak sakit hati kalau kena buat macam tu. Lebih baik bertanggungjawab saja, dan belajar dari kesilapan.

Kemalangan yang berlaku setahun lebih yang lalu

Pemilik kereta (orang Cina) dan mereka sangat baik walaupun hati tengah susah tapi mereka tak melenting walaupun sikit. Aku boleh tengok muka mereka yang susah hati, macamanalah kalau ada orang sanggup langgar lari dan menganiaya orang lain macam ni. Nasib baik partner aku ada datang masa tu, dan dialah yang menjadi mangsa membayar  segala kerosakkan yang aku lakukan dengan kesemua gaji yang dia ada masa tu. Of course lah aku rasa bersalah sebab buat semua orang hidup susah. Masa tu boleh dikatakan bagai mimpi saja berlaku, dan berharap aku boleh putarkan masa kebelakang untuk elak kemalangan tu dari berlaku. Sejak dari tu, aku sedar dalam apa-apa keadaan, duit adalah penting, dan duit adalah segala-galanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...