Skip to main content

Open Minded yang Disalah Ertikan

Open minded atau berfikiran terbuka ni sebenarnya ada banyak jenis, tapi selalunya disalah ertikan sebagai orang yang suka cakap pasal seks. Orang yang open minded ni sebenarnya dimaksudkan dengan cara seseorang berfikiran secara terbuka tak kira sama ada dari segi politik, sosial, agama dan sebagainya. Bukan setakat berfikir sahaja, malahan orang jenis ni boleh menerima idea orang lain tanpa sebarang prejudis atau complain dan boleh bercakap apa sahaja (bergantung dengan siapa mereka bercakap). Namun begitu, ada sesetengah orang ni mulutnya sahaja yang cakap open minded tapi sebenarnya tidak dan ia boleh dikesan melalui tingkah laku dan cara mereka menerima pandangan. Tengok reaksi mereka pun dah cukup.


Paling tak boleh blah, bila kita sebut pasal open minded, automatically ada sesetengah orang ni ianya melibatkan open minded pasal seks. Sebut sahaja open minded, terus ingat seks. Bagi aku, orang macam tu jenis yang berfikiran sempit. Apa sahaja yang boleh melibatkan seks, mereka selamba jer terima tapi bila sebut something yang bukan pasal seks atau isu-isu sensitive pandai pula melenting buat diri macam baik.. Oh, please.. Aku tak maksudkan sesiapa tapi kalaulah ada yang terasa, silalah terasa yaa.. Aku, kalau bincang bab seks, aku pun suka sebenarnya tapi aku bukan berbincang secara bernafsu ataupun dengan sebarangan orang apatah lagi dengan orang yang baru dikenali. Aku lebih suka bercakap berlandaskan ilmu pengetahuan dan kalau tak pun, cuma untuk buat lawak yang saja-saja. 

Begitulah nasib orang yang open minded. Selalu jer disalah ertikan. Sometimes, orang yang open minded ni lah yang selalu kena maki hamun sebab kononnya jahatlah, syaitanlah dan lain-lain sampaikan aku sendiri pun teragak-agak kalau nak bercerita dengan orang takut fikiran diorang tak sampai jauhnya atau terlepas dari sempadan minda diorang. Sebab tu, aku lebih suka kenal rapat dulu then barulah boleh decide orang tu boleh menerima jenis pandangan yang macamana. Ada orang tengok jer macam boleh terima tapi sebenarnya dalam hati dah lain, dalam fikiran pun lain. Ada yang pura-pura jadi open minded sebab nak korek rahsia orang atau nak tahu cerita orang. So, kita kenalah berwaspada dengan golongan fake ni 

Bagi yang bukan jenis open minded, diorang kebanyakannya tak salah pun tapi yang open minded janganlah sampai panggil diorang sebagai katak bawah tempurung. Ada sebab kenapa diorang bataskan cara pemikiran diorang. Cuma, kepada yang bukan jenis open minded, diharap mulut dan fikiran pun bataskan dari menyumpah seranah orang lain atau kutuk-mengutuk. Nanti ibarat meludah ke langit terkena diri sendiri. Tak semua kita mempunyai cara pemikiran yang sama, sebab tu pentingnya mengenali dan respect dan penting juga beradaptasi bila bergaul dengan orang lain. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...