Skip to main content

Rindu Nak Balik Rumah Mak Bapak

Bila sebut pasal homesick, memang terserlah wajah anak-anak manja terutamanya yang belajar jauh dari keluarga sehingga terpaksa duduk asrama atau rumah sewa. Memang tidak dinafikan, kawan-kawan aku kebanyakannya ramai yang homesick sampaikan hampir setiap minggu nak jenguk balik ke rumah mak bapa. Manakala, aku bukanlah jenis yang homesick dan aku langsung tak rindukan rumah mak bapa aku sepanjang masa aku di Kuching. Mungkin, kalau ada pun, sikit-sikit macam tu kot yang tak teruk macam orang gila bercinta.

Masa ni dekat kuarters ayah aku


Bulan lepas, lecturer aku ada menyelitkan topik pasal dia rasa menyampah dengan student yang homesick sampai cuti pendek pun nak juga balik ke rumah dan abaikan tanggungjawab mereka kepada study dan exam. Bak kata, orang yang jenis homesick ni adalah tidak sihat dan tak baik. Tak baik sebabnya, kita terlalu bergantung dengan mak bapa. Orang yang homesick ni sebab utama nak balik sebab inginkan keselesaan dari keluarga, nak semua benda free macam makanan, servis dan semua sekali dan bukannya atas dasar rindukan mak bapa yang sebenar. Alasan utama mungkin adalah sebab rindu kononnya tapi disebalik niat itu, mereka rindukan masakan mak, belaian ayah dan gurauan dari adik-beradik dan saudara mara. Lecturer aku cakap, cuba mak bapa diorang kenakan caj bayaran dan harga servis yang sangat mahal kalau si homesick ni nak balik rumah, adakah mereka sanggup bayar dan akan balik rumah? Dia tanya dan tak ada seorang pelajar pun nak jawab sebab takut kena bidas.

Time ni adik aku yang comot ajak menjelajah ke kapal dan pasir bukit


Bila aku dengar lecturer aku cakap macam tu, aku tersentak. Mungkin betul juga apa yang dia bagitahu. Kita cuma nak balik rumah sebab inginkan keselesaan yang sudah biasa kita dapat dari kecil. Bagi orang yang malas dan tak tahu masak, lagilah rindukan mak menjadi kuli masak dan buat kerja dirumah. Tidak seperti bila kita jauh dari keluarga, semua benda nak kena buat sendiri, duit pun kadang-kadang kena sekat sebab takut terlebih belanja. Dari situ, aku berfikir, kita gunakan alasan yang nampak macam baik untuk kepentingan diri kita sendiri. Contohlah kalau budak yang tidak mempunyai background family yang baik sangat jarang homesick melainkan niat nak jaga ahli keluarga yang sakit atau ada tanggungjawab lebih besar disana. 

Bagi aku, jalan terbaik kalau betullah niat rindukan mak dan bapa. Apa salahnya cuba contact setiap hari tanya khabar. Tak balik bukan bererti anak derhaka. Balik bila perlu dan balik bila niat kita betul dan bila family rindukan kita sangat-sangat. Jangan pula bila kita balik, mak entah kemana, ayah entah kemana, kita pula pergi keluar lepak dan jarang melekat di rumah. Tak selamanya kita perlu melekat dibawah ketiak mereka. Sudah tiba masanya kita jadi dewasa dan matang. Kita berbuat begitu tak bermaksud untuk buang mak bapa macam tu, kita berada jauh dari mereka kerana niat yang baik dan ada masanya akan juga pulang ke tempat asal. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...