Skip to main content

Sejarah Rambut Aku

Fesyen rambut yang paling aku suka dari dulu sampai sekarang ialah rambut jenis emo yang panjang. Dulu masa zaman aku sekolah menengah, rambut aku boleh mencecah lebih dari paras lutut sebab parent aku sangat suka aku berambut panjang memandangkan aku seorang sahaja anak perempuan dalam family aku. Tapi bila aku berambut panjang ni tak semua orang suka, terutama sekali zaman aku masa PLKN di Sungai Rait Miri Sarawak tahun 2008 second intake. 

Bila rambut terlalu panjang masa aku PLKN dulu, ramai sangat budak-budak tak suka kononnya takutlah, macam hantulah, macam pontianaklah even worse thing happened bila pernah terjadi orang tuduh aku kena histeria sampai mulut bawa cerita sana-sini. I mean, what the fuck dude? Seumur hidup aku tak pernah kena benda pelik-pelik macam tu then bila aku keluar dari PLKN sebab continue study baru timbul ada budak lain kena histeria. Cek-cek rambut dia tak panjang mana pun kan.. So, kenapa nak kaitkan panjang rambut dengan benda karut macam tu.

Seriously, PLKN yang best jadi tak best bila benda macam tu berlaku. Nasib baik masih ada kawan yang memahami aku time tu terutamanya "Bad" (aku lupa nama sebenar dia). Aku hargai sangat kehadiran dia dalam hidup aku masa tu dan tak lupa kawan-kawan sama bilik atau group (delta kalau tak silap) yang selalu support aku dan tahu cerita sebenar aku. Aku tak pasti kalau mulut orang jahatkan aku ada sebab lain atau tak, just logiklah sikit kalau nak fitnah aku. Buat cerita bodoh nampak sangat masih percaya dengan benda-benda karut.

Well, kita lupakan cerita lama tu, haha. kita sambung topik rambut aku. Lepas PLKN, aku sambung study diploma dan terjumpa balik dengan budak sama PLKN dengan aku yang pastinya bukan sama group dengan aku dulu. Then terjadi lagi fitnah aku kena histeria sampai kena simbah dengan holy water, kononnya aku duduk seorang-seorang dekat dapur (aku nak study time tu sebab esok ada kuiz tapi roomates aku bising). Dah lah masa tu aku sakit hati dengan seorang roommate ni yang main cakap lepas sebab tak boleh terima diri aku berubah dan sebab dia tak tahupun siapa sebenarnya diri aku dan dia hanya kenal aku masa sekolah menengah jer. Dah aku sakit hati, mana ada hati pun nak cakap dengan siapa-siapa. Macam aku cakap, nak diri dia jer nak difahami, diri orang lain macamana? Aku pun dah mula syak kan so aku terus avoid dengan kawan-kawan macam tu, terus pindah dan mulakan hidup yang baru. Start dari hari tu, hidup aku semakin happy dari hari ke hari. Kawan aku, Kak Dida suggest aku supaya potong rambut sebab mungkin dia nak aku berstail sikit so aku potong sikit. Tapi makin lama makin ketagih pula aku potong rambut sampai jadi fesyen Emo rambut pun jadi pendek. Seriously cool! Aku rasa macam cool handsome semacam. Mungkin sebab match dengan muka aku just nampak macam tomboy sikit.

Aku sangat suka emo style walaupun aku bukan jenis yang emo. Bagi aku ianya nampak cantik dan gelap. Sekarang ni aku masih nak teruskan saja dengan style macam tu sambil tunggu rambut tumbuh lebih panjang. Macam best pula rambut panjang, rindu zaman dulu-dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...