Skip to main content

Permulaan Kisah Cinta Aku yang Sebenar

Sebenarnya, aku nak cerita satu kisah pelik pasal diri aku yang dulu. Aku pun tak tahu kenapa aku macam tu, ianya semula jadi datang tanpa dipinta. Kisah ni aku tak pernah bagitahu dengan sesiapa pun sebab tak semua masyarakat kita suka benda ni terjadi. Seperti mana yang diketahui, aku mula ada boyfriend masa umur aku 20/21 tahun. Sebelum ni aku fobia dengan kaum lelaki sebab tak pernah bergaul dengan mereka melainkan ahli keluarga aku sendiri.

Masa aku sekolah menengah dulu, semua kawan-kawan aku adalah perempuan sampaikan aku ada seorang kawan perempuan yang aku rasa istimewa dalam hidup aku. Tapi ianya tidak berkekalan disebabkan attitude dia sendiri membuatkan aku berfikir buruk pasal dia. Dia seorang yang lemah lembut, banyak lelaki sukakan dia, tapi bila aku dah mula rapat dengan dia, perangai dia berubah dan cepat marah. Orang disekeliling kami nampak keadaan dia yang suka marah aku membuta tuli dan membuat aku seperti kuli tapi mereka memilih untuk butakan mata dan pekakkan telinga sebab berbanding aku yang tak ada apa-apa ni, mereka lebih memilih dia menjadi kawan mereka.

Sampailah aku sambung belajar di kolej. Aku mula kenal seorang perempuan Cina yang lawak dan nakal dan aku rasa aku suka sangat dengan dia. Aku pernah merasakan dia pernah dikecewakan, dari raut muka dia, aku tahu sampai dia potong rambut macam lelaki dan semua kami sekelas terkejut masa tu. Kisah kami jadi rapat bila kami sama-sama demam selesema.

Aku tak tahu kenapa sampai aku sukakan dia sangat-sangat. Bagi aku, dia seorang yang sangat mengambil berat dan baik dan aku rasa dia sukakan aku juga cuma kami masing-masing ego. Kami pernah jadi kawan yang tersangat rapat sampailah aku merosakkan semuanya. Senior aku memang tak suka aku berkawan dengan dia, sebab semua orang disekeliling kami merasa hubungan kami berdua lebih dari kawan.

Aku pernah bagitahu housemate aku, Pamella tentang si dia ni dekat rumah sewa aku. Aku cakap dengan Pamella yang kawan aku ni suka sangat datang rumah kami jumpa aku dan kami berdua tidak selesa dengan kehadiran dia. Tapi dalam hati aku, berkata lain. Aku sebenarnya suka dia datang kerumah malahan tertunggu-tunggu bila dia nak datang. Aku cakap macam tu depan Pamella sebab aku tak nak Pamella fikir bukan-bukan pasal aku. Mana tahu, sebenarnya si dia ni berada di luar rumah semasa aku dan Pamella berbual tentang hal ini. Aku tahu dia ada dengar apa yang aku dan Pamella cakap sebab dia sempat tinggalkan roti dan egg tart yang dia selalu belikan untuk aku di selit disebalik sliding door depan rumah tanpa berjumpa dengan aku terlebih dahulu. Aku rasa masa tu aku tersangat bodoh dan jahat, aku tak sengaja melukakan hati orang yang aku suka. Sejak hari tu, dia tak pernah singgah ke rumah aku, apatah lagi bersama macam dulu. Tak terbayang betapa terseksanya aku masa tu tanpa dia. Apa yang aku rasa masa tu, aku sangat bodoh dan aku bencikan diri sendiri!

Aku boleh berlakon tapi perasaan aku tidak boleh menipu. Rasa cinta dan suka itu tidak memilih sesiapa, kalau dia nak, dia akan datang tanpa diundang. Sekarang mungkin aku dah move on, tapi yang dah terjadi akan kekal sebagai memori. Aku harap dia bahagia dengan yang tersayang begitu juga dengan aku. Bagi sesiapa yang rasa jijik atau prejudis tu, diharap mereka dan keturunan mereka akan diberi situasi yang sama seperti yang aku alami. Aku pun tak boleh cakap apa sebab tak semua orang ada pengalaman dalam mempunyai perasaan yang unik macam ni.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...