Skip to main content

Tahun Baru 2015 yang Liar Kononnya

Memandangkan aku tinggal beberapa hari di Kota Samarahan dengan kawan aku masa hari Krismas dan sambutan tahun baru, aku ingin hari-hari aku diisi dengan pelbagai jenis aktiviti. Sebelum ni, aku sangat tertekan dengan pelajaran aku ditambah pula bila kena berhadapan dengan orang yang tak faham dengan situasi aku sampai tak boleh nak consider dengan perasaan aku. Bukan aku sahaja yang kena, kawan aku juga menghadapi masalah yang sama malahan aku rasa lebih teruk dari aku.

Aku tak ada rasa nak update blog sebab mood aku tak baik masa tu. Aku sangat tertekan sampaikan aku rasa aku dah tak perduli dengan hal-hal UNIMAS. Aku rasa aku nak berhenti UNIMAS sebab aku benci dengan sesetengah orang di UNIMAS yang ada jahat dan merendahkan aku hanya kerana merasa diri mereka pandai. Nasib baik aku masih ada kawan-kawan disekeliling aku walaupun mereka tak tahu apa yang aku alami. At least bila dengan mereka, aku tak rasa nak cederakan diri sendiri. Study week aku kali ni penuh dengan aktiviti yang pelik-pelik, macam keluar sampai pagi, minum bersama kawan-kawan, buat lawak lucah sambil belajar teori pelik-pelik. 


Kita pun tak akan tahu bila saat indah ni berlaku lagi. Keesokkan harinya, kami keluar lagi pergi ke sungai, barbecue dan berkelah dan malam tu lepak dekat club, untuk pertama kalinya bagi aku. Clubbing tak adalah teruk mana pun, ia adalah tempat dimana kita boleh duduk sambil chill minum-minum, bersosial, menari atau merokok. Aku pun tak tahu kenapa orang sangat judgmental pasal clubbing ni, lainlah kalau melibatkan seks dan dadah. Kita tak perlu ke club pun kalau nak buat benda tak elok. Perkara tu boleh terjadi di mana-mana.

Aku juga menghargai kehadiran salah kawan baik lelaki sebagai perhibur dalam perbualan kami. Almaklumlah, aku ni tak banyak kawan lelaki. Dia seorang lelaki yang gentleman, baik, jenis explorer dan tak kedekut kalau nak berkongsi perkara pelik-pelik. Kawan-kawan lain pun okay, sekepala dan open minded.


Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...