Skip to main content

Aku Bukan Pilihan Baik Untuk Lelaki

Dari dulu ramai yang sangka aku ni jenis liar dan suka tarik perhatian lelaki. Tapi sebenarnya aku lah antara perempuan yang banyak lelaki tak minat, dan kalau minat pun hanya untuk suka-suka sahaja. Well, itulah kenyataan pahit yang sebenar-benarnya. Hanya segelintir lelaki yang tahu diri aku sebenar akan benar-benar okay dengan aku. Segala-gala yang aku lakukan memang tak ada kaitan pun nakkan perhatian dari lelaki seperti mana yang mereka fikirkan dan tak ada sebab yang baik kenapa mereka perlu cari perempuan seperti aku untuk dijadikan pasangan hidup mereka.

Apa yang aku mahu adalah aku nak jadi diri aku yang ada kehidupan sendiri, lengkap dengan apa yang aku perlu dan boleh berdidikari. Memang pada lumrahnya aku suka tengok manusia cantik dan handsome tapi itu tak lah bermakna aku jenis yang terhegeh-hegeh. Bak kata aku sendiri, aku kan ego kalau bab macam ni.

1. Seriously, aku tak minat bab berkaitan dengan seks dengan lelaki yang gila seks. Walaupun aku liar, aku bukan jenis yang boleh tolerate kalau dalam bab ajak-ajak seks dan aku paling tak suka lelaki yang minat perempuan sebab seks. Apatah lagi bila didalam laman web sosial, chatting dan sebagainya, kemudahan boleh block orang memang aku manfaatkan betul-betul.

2. Walaupun aku bencikan lelaki gila seks, aku suka buat lawak seks serta dengar orang buat lawak seks khasnya bila aku berdampingan bersama kawan-kawan aku sahaja, dan bukannya orang asing. Aku juga tak suka perbualan seks yang bentuknya macam menghina orang lain.

3. Aku jenis yang suka ber-style bila berpakaian tak kiranya kalau tak ngam sekalipun. Tak kira juga seksi atau tidak. Biasanya aku tak ambil pusing dengan komen orang lain tentang cara pemakaian aku. Aku sahaja yang faham diri aku yang sebenar.

4. Aku bukan religious tapi aku hormat orang lain yang religious dan tak akan menghina cara permakaian or pengamalan agama mereka selagi mereka tak ada buat hal dengan aku.

5. Aku suka lelaki berkomitmen dan tak suka jadi perempuan yang jadi tempat persinggahan dalam hidup mereka. Senang jer nak tengok ciri-ciri lelaki/perempuan yang pakai pasangan mereka macam pakai panty liners.

6. Aku jenis yang kadang-kadang berdendam. Kalau buat baik, aku layan baik-baik. Kalau buat layanan macam celaka, sampai ke mati tak akan aku maafkan.

7. Aku jenis yang cepat cemburu bila aku sayang (bila aku sayanglah) dan aku jenis yang suka mengongkong. Alamat rumah orang tu mesti kena tahu, keluarga aku pun mesti tahu siapa orang tu. Sesungguhnya aku paling tak suka main sembunyi-sembunyi apatah lagi dari keluarga sendiri kecuali ada sebab-sebab tertentu.

8. Aku tak suka dibuli. Kalau orang tu buat hal, aku biasanya akan melawan bila tahap kesabaran aku yang over limit dan aku berani walaupun di depan orang ramai.

9. Aku jenis ganas dan kasar bila bergurau. Aku boleh juga menjadi lemah lembut dan penyayang tapi sikap kasar semula jadi dari kecil payah nak dibuang.

10. Aku tak peduli pun dengan harta benda or ke-handsome-an or kerjaya lelaki tu, tapi aku paling tak suka lelaki yang ambil kesempatan hanya kerana aku boleh berdidikari.

11. Aku tak buat perkara untuk ambil hati semua orang supaya orang sukakan aku. Aku bukan kaki bodek, dan aku tak suka buat baik dengan niat lain selain dari kehendak sendiri.

12. Ada mak orang ni pernah bagitahu anak-anak dia yang semuanya terdiri daripada perempuan supaya berdiri di atas kaki sendiri, ada duit, kerja, transport dan rumah tanpa harapkan lelaki disamping mereka. Well, aku sokong sebab aku bukan jenis yang desperate. Berkahwin bila naluri kecil memanggil, dan bukannya sebab takut tua keseorangan dan terdesak.

13. Aku pun choosy macam orang lain. Kalau orang tak suka aku, aku lagilah tak suka dengan diorang. Aku cuma mahu berdampingan dengan orang yang suka dan sayang pada aku.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Adis Buan Resort Segong Bau

Hari tu, aku ada post pasal Mid-Autumn Festival. Hari ni, aku nak kongsikan pasal aku ada pergi satu tempat yang menarik yang terletak di Singai, Bau. Aku dan kawan-kawan merancang pada minggu lepas untuk pergi melihat dan makan-makan di tepi sungai memandangkan cuaca baru-baru ini agak panas. Aku dan Hallen bergerak ke sungai dari rumah Sungai tidaklah nampak begitu dalam tapi masih tetap cantik dipandang. Sebelum sampai ke destinasi, kami telah sesat beberapa kali memandangkan driver dan penasihat sebelah driver keliru jalan diantara simpang Singai dan simpang Apar. Tapi, at last sampai jugalah ke destinasi sebelum tengahari. Selalunya kalau aku bagi panduan jalan, mungkin tiada kedengaran. Haha. Tak pa lah. Kami ingatkan tidak ramai yang tahu tempat ni disebabkan perjalanan yang agak jauh dan didalam hutan. Tapi, sangkaan kami salah. Masa sampai hari tu, penuh pula kereta parking diluar resort dan sangat banyak pelawat membawa keluarga mereka disini untuk barbecue . Sungai Adis ...

Tragedi Pertandingan Sukan Kayak Peringkat Inter-College

Cerita terbaru ni pasal pertandingan sukan kayak peringkat inter-college yang dijalankan di dalam UNIMAS. Aku secara langsung juga terlibat sebagai ahli cheers untuk kolej aku. Oleh kerana kolej Sakura hanya terdiri dari kaum perempuan saja, suara kami yang halus dan merdu ni ditenggelami oleh suara-suara cheers dari kolej lain seperti BRC, Allamanda, TAZ, dan Kenanga sebab mereka ada ahli cheers lelaki. Tapi aku tak menyesal. Aku bekerja keras demi tugasan yang diberi sebagai ahli cheers . Aku juga berharap kolej aku berjaya dengan baik. Walaupun aku sakit tekak masa tu, aku paksa diri aku buat suara sorakan besar yang aku termampu. Well, at least kami datang ke sana bukan bertujuan untuk memalukan diri sendiri tapi memberi semangat kepada yang bertanding. Lepas habis cheers , barulah aku keluar UNIMAS since aktiviti ni dijalankan pada hujung minggu hari dimana aku selalu stay dekat luar. Tapi yang aku tak tahu masa tu aku sebenarnya belum boleh keluar atas alasan apa enta...